Konklusinya, aku tetap akan menetapkan Target atau sasaran dalam apa perkara pun yg akan dilakukan.. tetapi sasaran tersebut buka khusus utk setahun. Tetapi lebih kepada sasaran semasa.. kerana sepanjang perjalanan kita pada tahun 2010 pasti akan menghadapai pelbagai suka duka dan perjalanan yang tidak terduga. Justeru, bila ada sesuatu yang berlaku, maka baru la kita menetapkan target... Oleh itu, Kita tutup lembaran 2009 yang bakal berlabuh sedikit waktu lae, dan kita buka buku baru untuk tahun 2010 dengan seribu kemanisan... -Amin-
Salam Satu Malaysia buat pengunjung blog aku.. mcm sdh terlalu lama blog ni di biarkan tanpa sebarang sentuhan daripadaku.. Aku selalu jgk mejenguk blog ini.. Namun, seperti malas plak mo mengupdated.. Bukan apa, Bila nak upload gambar tu, lama betul mo selesai... Tunggu punya tunggu, last2 cancel.. he3...
Mana mo mula ar....
Kemudian bermula la aktiviti ku sebagai pengganggur sementara... he3
Mujur Pengurus pasukan hoki West Coast memanggil ku untuk join latihan Hoki bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Presiden 2009.. Kiranya pertandingan terakhir musim 2009 la.. hahahaha... selama beberapa hari kami berlatih akhirnya pada 17hb bermula kejohanan tersebut.. Kami memulakan Kampen dengan menang bergaya 7-1 menentang Tembadau Divisyen 1 (Angkatan Tentera Darat) sebelah pagi dan menetang Sandakan di sebelah petang (menang 3-0). Hari kedua Kami menentang Royal Merlin (Angkatan Tentera Laut) di sebelah petang. Petang tu permainan terpaksa di tamatkan awal kerana cuaca kurang memuaskan dengan West Cost Memenangi perlawanan dengan jaringan 5-1.. Hari ketiga kejohanan menyaksikan kami membelasah PBU dengan jaringan 12-0.. Kejayaan tersebut memastikan kami layak ke peringkat Akhir dan pasukan yang menanti kami ialah pasukan Tembadau Div 1 yang sudah kami tewaskan diperingkat awal.. 20hb December 2009, merupakan titik paling bersejarah ku dalam Kejohanan piala presiden Sabah, kerana buat pertama kalinya aku memenangi pingat Emas sekaligus menobatkan pasukanku Johan Kejohanan Hoki Piala Presiden edisi 2009.. Ini kerana sebelum ini aku mewakili pasukan Hoki UMS, selama (4 tahun berturut-turut) dan kejayaan paling tinggi yang mampu dicapai hanya menjadi Naib Johan.. Oleh Itu, Tahniah Buat Pasukan Hoki West Coast dibawah pimpinan Coach Jumat (selaku Jurulatih), Abg Sukur & Pn Levie (Pengurus dan Pen. Pengurus pasukan) .. Selamat Maju Jaya.. MajuLah Sukan Untuk Negara.
Kem Waja Perdana Maktab Sabah : 6-8 November 2009. Tahniah buat ko-perkhidmatan Maktab Sabah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan Quarter Master (Tingkatan 6) Maktab Sabah.. Sememangnya sumbangan anda semua amat cemerlang, dalam menjayakan Kem ini.. Buat ko-perkhidmatan yang akan menghadapi Peperiksaan SPM & STPM sy doakan agar kamu semua akan berjaya dengan Cemerlang. Teruskan utk menjadi seorg insan yang berjaya dan gemilang di masa akan datang.. InsyAllah.
Senarai Nama Ko perkhidmatan yang terlibat.
Nelvenson, Sheldon, Mohd Farezuan, Azuriani, Suzainie, Jenny, Dewina, Fedilia, Claire
(Quarter Master)
Hadzley, Marlon, Afif, Herman, Larry, Faidzal, Fadili, Murtty, Donald, Norsyazwani, Feoney, Siti Aminah, Karenly, Azhiim, Abraham
Well done guys u all did a realy fantastic Job!!
Kepada semua pemain Hoki Maktab Sabah (Lelaki & Perempuan)
Tarikh Kejohanan : 31 Okt 2009 dan 1 Nov 2009
Masa : 0700 pagi
* Pelajar yang ingin mengikuti bas perlu berada sebelum jam 6:25 Pagi di perkaarangan sekolah
Bas akan Bertolak pada Jam 6:30 pagi
Tempat : Astroturf UMS
(Makanan peserta tidak disediakan)
Standby Duit sendiri untuk makanan
Terima Kasih
Mungkinkah kau tahu
rasa cinta yang kini membara
dan masih tersimpan
dalam lubuk jiwa
ingin kunyatakan
lewat kata yang mesra untukmu
namun ku tak kuasa
untuk melakukannya
reff: mungkin hanya lewat lagu ini
akan kunyatakan rasa
cintaku padamu rinduku padamu
tak bertepi
mungkin hanya sebuah lagu ini
yang selalu akan kunyanyikan
sebagai tanda betapa aku
inginkan kamu
Lama sdh rasanya aku ndak post sesuatu dlm blog nie.. Semenjak advanced guna FB nie,blog pun terabai sedikit..hahahaha.. Ni kali aku mo post pasal Cinta,Sayang & Benci..he3.. Ni adalah hasil tinjauan aku selama beberapa tahun.. mcm syok jgk la berbicara pasal benda ni.. mungkin ramai pernah mengalami nya.. di sini aku mo bagi sedikit tips bgaimana mo mengatasinya...
step pertama: Bila kita mula berkenalan dgn org. Hari demi hari kita semakin mengenalinya. Semakin rapat kita dan dia, maka semakin sayang kita terhadap dirinya (bleh jadi syg sebagai kawan,teman,sahabat,abg,kak,adik,kekasih [kalu telebih tu apaleh buat la...stacy bilang "TeLabih Sudah"] etc tidak lebih drpd itu, ) he3...
step ke-2: Bila kita semakin rapat, kita akan semakin memerlukan perhatiannya.. Sampai tahap ini perasaan cemburu mula merajai diri. Kenapa cemburu? sbb kita rasakan dia spt kurang mmberikan perhatian (atau ringkasnya, ada org len yg telah merebut tempat anda)kih2..kita akan berasa sangat sakit hati jika ada org len berjaya menewaskan anda & seterusnya merebut tempt anda. Atau pun org lain sering berckp pasal dirinya di dpn anda. (betul atau tidak?kihkih)
step ke-3: Apabila dia melakukan sedikit kesalahan kecik. Ctcnya kamu SMS dia.Tetapi dia x membalasnya..then, bila kamu tertembung dgn dia, dalam masa yg sama dia bleh plak mereply msg dkt org len.. sure, dalam hati kamu pasti terdetik "knapa td aku msg dia tidak reply, ingatkan x kdt, rupanya bleh plak sms org len".... argh.. tahap ini mesti kamu rasa sakitnya hati (tahap GABAN) sampi bisa menusuk di kalbu.. mula timbul perasaan benci..he3... Mula la berfikir "wajib ka aku menjauhinya, demi kebahagiaannya"...
Justeru, step2 di awal perkenalan sehingga kebencian timbul memerlukan satu bentuk penyelesaian yg efektif..ini kerana jika dibiarkan kemungkinan besar hubngan td pasti akan terputus.. . Oleh itu, jalan penyelesaian yg pling efisien ialah:
1. ingatlah sebelum anda berkenalan dgn dia, anda perlu fikirkan bahawa anda merupakan org yg telah merebut dia drpd temannya sebelum ini.(means: kamu adalah org yg merebut perhatiannya drpd org len (teman/sahabat/kwn etc)... yg bakal berlaku dalam step 2 (spt yg dihuraikan td).
2. Ingatlah bahawa setiap manusia yg wujud di muka bumi ini ada hak utk menyayangi dan disygi oleh org len.. spt mana anda menyginya dia, dia pun berhak utk dsygi oleh org len. So, tidak bleh mementingkan diri sendiri. kamu juga ingin
3. Pastikan anda berbaik sangka dgn org len. bagi kes 3 td (step ke-3) dia tdk dpt sms, mayB kdtnya habis dat tym.. kebetulan smasa bertembng td, beliau sdhpun mengisinya.. huhu... jgn sekali2 buruk sangka dgn org len...
Kesimpulannya: setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya... bgaiamana pertemuan tercipta begitulah perpisahan akan berlaku (tetap akan berlaku walaupun dlm keadaan berbeza).. bila perpisahan berlaku, jgn salahkan pertemuan kerana tanpa pertemuan, maka tidak terciptanya kasih sayg. Mungkin perpisahan tersebut amat menyakitkan bg sesetengah insan, tetapi anda perlu sedar, bahawa jgn kerana satu pintu tertutup, anda terus menutup pintu yg lain.. kerana pintu yg indah kemungkinan besar sdng menanti anda.
- Yakin la dgn ketentuan ilahi - -InsyAllah-
Skang aku serba salah plak pasal post hari 2.. sepatutnya aku siasat betul2 kesahihan cerita tersebut. Gara2 post tersebut, menyebabkan ada hati yg terguris.. Cikgu minta maaf byk2 kepada beliau. MayB hari tu cikgu terlalu mengikut perasaan.. So Sorry, erm.. cikgu akan tetap doakan kejayaan anak murid cikgu walau apapun yg terjadi.. then, semua ilmu yg cikgu berikan akan cikgu halalkan dunia dan akhirat..jgn risau.. cuma cikgu harap selepas ini tidak ada lae perkara yg boleh menimbulkan kontrovesi.. he3.. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan...
16 Okt 2009, Pagi-petng tidak ada aktiviti yg menarik. Malamnya aku ngan family p bergambar STUDIO. Fuh!! syok plak. First tym aku rasa sgt gembira bergambar bersama jubah. Sebelum ni biasa-biasa jak. MayB sbb aku nampak gambar tym naik pentas kot (Gambar tym ambil degree hari 2).. Macam SMART.. wakakaka...
Situasi lain plak, bila kita memandu dalam perjalanan ( d jalan raya la), hari malam, pastu ada org menahan kereta apa tindakan anda.. Sama ada anda berhenti utk membantu atau biarkan sahaja...? sekiranya kita membantu dan berhenti. Tetapi dalam masa yg sama kawan dia dtg membantu utk merompak kita..ndak ka nyaya tu? kebaikan yg kita beri telah di salahgunakan oleh org lain..atau dalam kata-kata yg lebih dramatik org mengambil kesempatan daripda kebaikan kita, walhal niat kita baik, suci dan murni (wakakaka)..
Moral Of the story: Jgn Tolong Org Sembarangan. Walaupun nyawa dia tinggal nyawa2 ikan sdh.. Biarlah kita di Cop Sombong drpd kita diumpat/dijahanamkan.. (wakakakakakakakaka)
Kelmarin terima sijil pun no felling. Ac2ally org yg gred biasanya excited utk naik pentas.. aku mcm biasa. Tiada apa yg boleh menguja kan ku... MayB terlampau byk berfikir kot..Huuhu3... MayB aku jenis Happy Go Lucky (dulu tym d U), terlalu byk aktiviti yg dilakukan.. Tiap minggu mesti ada aktiviti@keluar..Urus aktiviti,Main Pool wif my fren,Karaoke,Main Boling,main Hoki etc (miss a lot about that)..Paling best tym picniC dgn kawan di Ranau, Sempat lae p tmpt ikan makan tisu kaki, then BBQ di Poring...Huhu3... Tiada tekaanaaaaan.. Tapi sejak mengajar ni, mcm2 perasaan terhasil (jiwa kemaruk) hahaha3.. Macam mo lari dr bidang pendidikan.. (tapi tia bulih, sebab contract dgn kerajaan negeri).. I need Some Motivation 2 make me Strong (Huhu2 tapi kalu bagi nasihat punya la hebat..hahaha3)..
Mengkali, apa yg membuatkan aku jd begini sbb memikirkan masa hadapan.. I already setting my flow.. Dalam 3 years ni aku memasang impian utk dapt Master (MayB Angan2 Mat Jenin jak) .. Pastu keluar dr bidang pendidikan sekolah Menengah, go to college/University (Harap2 terjadi) atau running Business.. Tapi macam Sayang jgk, sebab aku kena tinggalkan impian utk menjadi Coach.. then, aku kena lupakan utk membentuk anak bangsa di peringkat bawah menjadi manusia yg sempurna dan berpendidikan.. Justeru, perlunya sesuatu suntikan utk membolehkan aku terus mencintai bidang pendidikan yg telah aku pilih ini..
Cegu Rashid Post Hari tu pasal Bunga mawar. Dia ckp Bagaimana utk mengembirakan hati kita.. Good la post dia.
"Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun ada kalanya diri dan hati kita sedang bergolak dengan pelbagai persoalan." petikan kata-katanya...
Ayat ini ada kebenarannya. so, i just follow it. Manatau ianya mampu menjadikan kita ceria & Bersemangat.. Haha2.kekadng bila aku baca post-post lain dari cgu Rashid adaklanya mampu membuat kan aku lebih bersemangat..ha2.. Beliau Memang Guru yang Penuh dengan MOTIVASI.. Thanks a lot MY GREAT TEACHER.. Harap2 esok ada sinar kegembiraan!!! AMIN...
Buat Teman-teman seperjuanganku.. Bulatkan tekad, tanam iltizam untuk melihat anak didik kita menggoncangkan dunia suatu hari nanti.. Guru Ibarat lilin.. Biarlah habis terbakar asalkan org lain mendpt cahyanya.. Murid2 yang Cemerlang bermula daripada Guru yang Gemilang.. InsyAllah.. Teruskan Perjuangan Anda, Sabar dalam menempuhi segala Cubaan dan Ujian drpd Tuhan, Sekiranya anda ingin melihat Anak Didik Kita menjadi Manusia Yang Sempurna.-AMIN-
Erm Ac2ly Byk Jgk Gambar Yg Kami Ambik.. Tapi ini Jak Yg Bisa di Upload..
Wakakaka.... To Be Continued...................
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda BAHAGIA, maka teruskan.
Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin TIADA lagi peluang kedua.
Tanpa Pertemuan maka tiadalah perpisahan"
Hari : Isnin & Rabu
Sasaran : Tingkatan 1,2 dan 4
Bagi yang terpilih (tingkatan 1,2 dan 4) diharap dapat memberikan komitmen bagi memastikan Pasukan Hoki Maktab Sabah Kekal sebagai antara pasukan Hoki yang digeruni.. Insyallah...
Tetapi
HARI INI masih boleh MENGUBAH apa yang akan terjadi pada hari Esok
Ini adalah Catatan daripada blog Cikgu Rashid yang saya Copy Paste He3..(minta maaf cikgu sebab ambik tanpa gitau terlebih dahulu)... actually saya tertarik dgn artikel ini.. so..marila kita renung-renungkan...
Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.
Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
Bila aku baca news Paper hari ini (23 september 2009), baru aku sedar bahawa pencipta siri kartun yang sangat digilai budak2 di Malaysia (bahkan turut diminati oleh bapa2 budak dan sewaktu dengannya "he3he3") sudah di sahkan meninggal. Menurut Berita (skemanya): Mayat lelaki yg ditemui di kaw. pergunungan di Utara Tokyo disahkan sebagai Usui (Ni namanya) 51 tahun. Beliau di laporkan hilang pd 11 sept selepas dia mendaki gunung Arafune..
Buku kartun Shin-chan sudah dijual sebyk 50 juta naskah di Jepun dan turut di siarkan di 30 buah negara. akan tetapi, PIBG di Jepun menyenaraikan kartun ini sebagai penerbitan yg perlu dijauhkan drpd pemandangan kanak2 (tau2 la sendirikan)..he3... Namun, baru2 ini kartun ini digunakan utk tujuan pembelajaran di sekolah (bukan di Malaysia)
agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA
&
adakalanya kita perlu KETAWA
agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
Congrates!! PRAU1 batch 2009.. all of U did a great performance last day (17 September 2009).. i never expected that wonderful performance.. Thanks for the cooperation to make sure the "2009 Sabah College Independent Ceremony" succeed..
but, nway... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke-52 (2009)
MENCINTAI & DICINTAI.
Cinta membuat Anda bersemangat memperbaiki hidup”
- Ewan McGregor-
21 ogos 2009, bertempat di Cempaka Ballroom, Hyatt Hotel. Tingkatan 1 Makmur telah mengadakan majlis Makan malam.. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar 1 makmur kerana berjaya menganjurkan majlis yang gilang-gemilang.. Tetamu yang hadir terdiri daripada Pn Fatimah Sahara (YDP PIBG), Pn Hajah Nuinda Hj. Alias (Pengetua Maktab Sabah), Pn Samsiah Al-Malek (PKP), En. Hasrul Jideh (Guru Kelas sementara I Makmur), Pn. Farhana, En. Hilary, Cik Surilla stimol, Pn Jeany, Cik Lai, En. Desmond dll... Sekalung Terima Kasih juga buat pelajar2 tingkatan 1 Makmur kerana memberikan komitmen dan sokongan terhadap majlis tersebut.. anyway thanks juga kerana memberikan peluang kepada cikgu untuk menjadi sebahagian daripada kelas anda.. he3...
P/S: Konklusinya : ARSHAVIN Memang POWER.. Penggempur paling berbisa selain TORRES dan RONNEY..He3
They do things Differently
-by SHIV KHERA-
Jangan engkau tinggalkan dia,
kerana sekali ia MEMBENGKOK dan sekali ia MELURUS.
Renung-renungkan.....
Kerana ianya pasti terjadi kepada anda....
Tanggal 20hb July 2009, tirai Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah premier zon Sabah bermula dengan perlawanan pertama membabitkan SM La Salle bertemu SM All Saint pada sebelah pagi. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 1-4 (berpihak kepada SM All Saint).. Di sebelah petang adalah perlawanan yang membabitkan pasukan Maktab Sabah bertemu La Salle.. Perlawanan tersebut menyaksikan Maktab Sabah menang dengan jaringan 7-1... Kesemua jaringan gol di sempurnakan oleh 3 gol (Larry), 4 Gol (Fredee, Noh, Jacky dan Sharul Azwan)_
Senarai Barisan pemain Maktab Sabah:
Berdiri : Badrul, Faiz Aizat, Faezul, Jacky, Faiz Chen, Larry (Kapten), Sharul Azwan, Noh, Afif, Alvin, Shadat
Duduk : Zulfadli,Daniel,Fredee,Azwan,Iqbal,Adrian,Herman
La Salle VS All Saints
08:00 Pagi
Desoturf, Likas
Maktab Sabah VS La Salle
4:00 Petang
21hb July 2009 (selasa)
Maktab Sabah VS All Saints
08:00 Pagi
Situasi di Malaysia: Bagi pasukan dalam Liga Kak Ros.. Nah!!, sudah tiba masanya untuk registration he3... Bagi yang lupa sudah alamatnya (http://fantasy.premierleague.com/)... Daftar lah pasukan anda sebelum 15hb Ogos.. kamu masuk jak user name dan password yang lalu. Kira updated team.. pilih balik pasukan.. k... selamat berjuang. Bagi juara liga tahun lalu (Muhajir), jaga2 bro, Pro Goal FC akan cuba mencapai posisi yang baik pada perlawanan pertama ni..wakakaka....
Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi,
kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua Cahayanya.
....INSYALLAH...
Pagi ni aku bangun macam hari-hari biasa (Jam 10 pagi)..he3.. Semalam si Dia tutup HP awal. Aku Cuba SMS pagi ni..Tup Tap..rupanya merajuk di semalam.. He3.. Patut la semalam awal sangat di tutup HP.. Erm.. Kesnya, gara-gara aku terlupa say " Selamat Hari Ulang Tahun" yang ke-3.. Argh ni yang payah ni..sebab Bab-bab pujuk memujuk ni memang aku failed..he3..Bukan apa semalam aku scan2 soalan, pas siap aku baring2 la di Sofa.. tetiba.... ZZzzzzz... Aku terbangun balik dekat2 jam 12 lebih sudah. Aku send2 SMS (asyik pending). Kol plak ada cewek lain yang jawab..(" The number of your dail.......").. apa lae ditambah kepenatan td petang melatih bdk Hoki.. Terus lena di buai mimpi tidurnya.. Mo Cerita bab pujuk memujuk ni..memang aku agak lemah sedikit.. selalunya apa yang aku buat..aku biarkan dulu dia rilex.. tau lakan kalu emosi tengah kacau bilau. Ndak boleh diganggu.nanti lain plak jadinya..he3.. anyway.. sesiapa yang ada Tips yang lebih OK.. meh la kongsi ramai2.. he3 ... - Daa -
Friendly match pertama (MS VS SMK) pada hari ini (08/07/2009) pada jam 4:00 petang. setelah menghabiskan baki minit perlawanan, akhirnya kemenangan berpihak kepada SMK dengan jaringan 2-1.. Walaubagaimanapun perlawanan kali ini adalah perintis kepada kejayaan akan datang. Insyallah... Kami mencuba satu formasi baru iaitu 5-3-2.. Erm..tetapi apa yang ingin saya Cerita kan disini ialah apabila satu kejutan dibuat oleh penyerang kami (merangkap last Man MS) - Badrul pada Minit pertama separuh masa kedua, beliau membuat kejutan dengan mengegarkan pintu jaring SMK untuk gol pembukaan.. Namun begitu, rentak kemenangan tidak dapat dijelmakan apabila penyerang SMK menjaringkan 2 gol untuk mencipta kemenagan.. Justeru apa yang ingin saya tekankan disini adalah: dalam sesebuah permainan yang melibatkan rakan sepasukan ialah kerjasama dan kesungguhan.. elemen-elemen ini penting bagi memacu kejayaan.. Oleh itu, buat pasukan Maktab Sabah Premier Cup 2009.. Teruskan Usaha anda dan jadikan perlawanan ini sebagai pengajaran bagi memperbaiki mutu permainan anda di Masa Hadapan..
Hari ini adalah hari pertama UMS beroperasi semula bagi semester I sesi 2009/2010..he3 sejak sekian lama bercuti.. Namun begitu, aku hanya terperuk di rumah memikirkan strategi Hoki untuk bebudk hoki Maktab Sabah..He3.. Al maklum la sudah habis study..he3.. Rindu plak dekat UMS..haha2.. teinggat tym mula2 masuk UMS.punya main blur tym tu.ndak biasa dengan format Universiti.. terlari sana, terlari sini. kalu dulu pendaftaran kursus guna manual. so, bayangkan satu universiti bz ke sana ke mari untuk daftar kursus.. siap ada yang tergolek lae tym mendaftar.. kesian betul jugak.. he3.. Suasana di Kolej kediaman pun sesak. Macam ada pesta plak.semua bekeluaran.. wakakaka...Bus Stop penuh dengan student seawal jam 6/7 pagi.. Memang meriah la sesangat.. Skang guna on9.Terus senyap bus stop.. Buat pelajar UMS sesi 2009/10, Good Luck. "Enjoy Your Campus Life". Kerana Peluang hanya datang sekali.. Guna la sebaik mungkin.. Kaut la pengalaman sebarapa banyak yang boleh..he
p/s: Team Maktab Sabah 2002 : Sunjeet singh, Hanizam, S'Rul, Rudolf, Awang Khairi, Fadhil, Fadzli, Shah, Billboyd, Lan, Syed Farid, Adam, fadhil Hamsa, Mazlan, Zayandi, Aimin, Pipo, Echil
"PELAJAR HARI INI ADALAH PEMIMPIN HARI ESOK"
Hye.. tym aku imbas-imbas gambar aku dalam friendster.Tetiba terlihat gambar ni.. Huhu.. ini la pencapaian terbaik aku dalam sukan hoki sebagai pemain. Ndak dapat aku lupakan saat kemenangan kami daripada peringkat awal sehingga keseparuh akhir. Namun, apa yang boleh disimpulkan, kami kalah dengan bergaya. Maklumlah kekalahan yang kami cipta adalah kekalahan yang boleh disifatkan sebagai kekalahan bermaruah..huhu3.. mo tau dengan pasukan apa kami kalah?... lets cheak it out... sebelum tu kita singkap kembali bagaimana kami berhempas pulas menaiki tangga ke separuh akhir. Perlawanan dalam peringkat kumpulan kami berjaya menempah tiket ke pusingan kedua sebagai naib juara kumpulan.Hanya tewas dengan pasukan USM A. Kemudian menentang pasukan-pasukan handalan seperti USM B, teach team, MMU (team Macha2 kesemuanya - kuat eh team ni mujur menang penalti). Pastu kesuku akhir, menang dengan team UTM (gol kemenangan aku sumbang he3...). Jumpa la team gergasi di separuh akhir TEAM UPM. Huish.. tersangat la kuat ini TEAM. Apa tidak nya rata-rata pemain daripada pasukan ini dibarisi dengan pemain kebangsaan (ada dari senior dan junior team) contonhnya Jivan Mohan adik kepada Jiwa Mohan. Sepa ndak kenal, pemain hebat tu.. kena-kena lae dia baru balik dari Kejohanan hoki Sukan Sea Korat..wah2.. mujur hanya kalah 2-0. So, Johan sudah tentu UPM yang mengalahkan UPSI 4-0, ketiga milik bersama UMS dan USM A.. Begitulah perjalanan pasukan UMS di Kejohanan ini. Untuk pengetahuan anda (Hehehe) ini la kali pertama dan terakhir pasukan UMS mendapat pingat di kejohanan besar.. Tahniah buat Coach Dedi Saputra selaku jurulatih kami yang sangat cemerlang melatih pasukan kami... Chaiyo.Chaiyo... -THE END-
semester II sesi 2008/2009 ni
mo keluar. ndak sabar mo tau
result yang bakal saya perolehi..
yakin bangat dapat result yang
baik.. huhu3.. erm.. awal bulan ni aku
nggak punya aktiviti yang enak. he3..
nonton senetron aja kerja ku..
wah hingga hebat ngobrong
dalam bahasa indonesia.. he3..waduh ...
Tanggal 7hb July 2009.
Kali pertama saya mempunyai blogspot.. wah bangga2..
akhirnya ada gak blogspot saya..hehe
Buat rakan-rakan yang ingin mengenali saya..
Jusz Leave your comment..ThankSsss..