Sabah College Hockey team 2002!!


Lama betul aku ndak post sesuatu dalam blog aku ni.. Skang ni aktiviti harian ku hanya melatih pemain-pemain hoki Maktab Sabah. Teingat dulu tym zaman-zaman sebaya mereka.. Tahun 2002.. fuh.. best owah.. Tahun terakhir kami bermain untuk Maktab sabah.. Kalu diimbas kembali, tidak jauh bezanya tahap permainan kami dengan team yang aku latih skang ni.. Cuma yang bezanya.. diorang akan bermain di peringkat yang lebih tinggi dan pialanya lebih berprestij (walhal kami hanya bermain untuk team sekolah dalam pertandingan MSSDKK).. Tetapi walaupun sekecik-kecik pertandingan, itu bukannya alasan untuk menidakkan kebangkitan team Maktab Sabah.. Sekiranya disorot tahap pencapaian Maktab Sabah dari tahun 1995-2002. Maktab Sabah hanya mula dikenali pada tahun 2002.. Tym 2 kira zaman gila-gila la gemilangnya Hoki Maktab Sabah.. Menjuarai pertandingan hoki bahagaian MSSDKK sudah cukup untuk menenggelamkan sukan-sukan lain yang lebih elit daripada Hoki di Maktab Sabah (contohnya Ragbi dan Bola Jaring).. Di sebalik kejayaan itu, terselit seribu kepayahan untuk mencapainya.. Dengan fasiliti sukan yang sangat daif, stick hoki pun men beli sendiri..apa lae Coach. Masing-masing jadi coach (means:Teda coach Kami tym 2)..huhu..akhirnya kejayaan Milik Kami Bersama.. "MAKTAB SABAH GEMILANG"

p/s: Team Maktab Sabah 2002 : Sunjeet singh, Hanizam, S'Rul, Rudolf, Awang Khairi, Fadhil, Fadzli, Shah, Billboyd, Lan, Syed Farid, Adam, fadhil Hamsa, Mazlan, Zayandi, Aimin, Pipo, Echil

Category:   Leave a Comment
"PeLaJaR Hari Ini PemimPin Hari EsoK"


Ni lah rakan-rakan seperjuangan dalam HT18 Pendidikan dengan ekonomi, SESI 2005/2006 Universiti Malaysia Sabah yang bakal bergraduate pada bulan 10 ni..he3.. Tempoh masa 4 tahun ketika bergelar pelajar, sangat pantas. Walhal, kali pertama menjejakkan kaki ke UMS. Dengar jak 4 tahun, terus mengeluh (wow!! lama nya). Tapi sehari lae sebelum final exam terakhir, mula lah terasa seperti tidak mo meninggalkan UMS plak... He3.. Itu lah lumrah kehidupan..huhu2.. Buat bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Hargailah dan manfaatkan lah masa anda di Universiti terutama mereka yang mengambil Ijazah Sarjana Muda. Kerana waktu itu adalah waktu yang sangat menyeronokkan berbanding tahap yang seterusnya (Ijazah, Master etc). Jadi buat rakan-rakan ku yang bakal bergelar guru suatu hari nanti. ALL THE BEST TO U ALL!! Buat la yang terbaik untuk profesion keguruan dan pahatkan jiwa mu dengan AURA untuk melihat anak bangsa kita akan mengubah Malaysia kearah Kecemerlangan. Pastikan:

"PELAJAR HARI INI ADALAH PEMIMPIN HARI ESOK"

Category:   Leave a Comment
34th Pesta Hoki USM-Penang International 2007


Hye.. tym aku imbas-imbas gambar aku dalam friendster.Tetiba terlihat gambar ni.. Huhu.. ini la pencapaian terbaik aku dalam sukan hoki sebagai pemain. Ndak dapat aku lupakan saat kemenangan kami daripada peringkat awal sehingga keseparuh akhir. Namun, apa yang boleh disimpulkan, kami kalah dengan bergaya. Maklumlah kekalahan yang kami cipta adalah kekalahan yang boleh disifatkan sebagai kekalahan bermaruah..huhu3.. mo tau dengan pasukan apa kami kalah?... lets cheak it out... sebelum tu kita singkap kembali bagaimana kami berhempas pulas menaiki tangga ke separuh akhir. Perlawanan dalam peringkat kumpulan kami berjaya menempah tiket ke pusingan kedua sebagai naib juara kumpulan.Hanya tewas dengan pasukan USM A. Kemudian menentang pasukan-pasukan handalan seperti USM B, teach team, MMU (team Macha2 kesemuanya - kuat eh team ni mujur menang penalti). Pastu kesuku akhir, menang dengan team UTM (gol kemenangan aku sumbang he3...). Jumpa la team gergasi di separuh akhir TEAM UPM. Huish.. tersangat la kuat ini TEAM. Apa tidak nya rata-rata pemain daripada pasukan ini dibarisi dengan pemain kebangsaan (ada dari senior dan junior team) contonhnya Jivan Mohan adik kepada Jiwa Mohan. Sepa ndak kenal, pemain hebat tu.. kena-kena lae dia baru balik dari Kejohanan hoki Sukan Sea Korat..wah2.. mujur hanya kalah 2-0. So, Johan sudah tentu UPM yang mengalahkan UPSI 4-0, ketiga milik bersama UMS dan USM A.. Begitulah perjalanan pasukan UMS di Kejohanan ini. Untuk pengetahuan anda (Hehehe) ini la kali pertama dan terakhir pasukan UMS mendapat pingat di kejohanan besar.. Tahniah buat Coach Dedi Saputra selaku jurulatih kami yang sangat cemerlang melatih pasukan kami... Chaiyo.Chaiyo... -THE END-

Category:   Leave a Comment
Bulan JuNe Tanpa sebarang Aktiviti!!

wargh.. lambat nya result exam
semester II sesi 2008/2009 ni
mo keluar. ndak sabar mo tau
result yang bakal saya perolehi..
yakin bangat dapat result yang
baik.. huhu3.. erm.. awal bulan ni aku
nggak punya aktiviti yang enak. he3..
nonton senetron aja kerja ku..
wah hingga hebat ngobrong
dalam bahasa indonesia.. he3..waduh ...

My New BlogSpot!!

Tanggal 7hb July 2009.
Kali pertama saya mempunyai blogspot.. wah bangga2..
akhirnya ada gak blogspot saya..hehe
Buat rakan-rakan yang ingin mengenali saya..
Jusz Leave your comment..ThankSsss..

Related Posts with Thumbnails