PEMENANG VS PENCUNDANG

Adakah anda seorang pemenang @ Pencundang? Jom imbas karekter-karekter ini...
Pemenang selalu menjadi sebahagian dari penyelesai masalah;
Pecundang selalu menjadi sebahagian dari masalah.
Pemenang selalu memiliki idea yang bernas;
Pecundang selalu memiliki alasan.
Pemenang selalu mengatakan, “Akan saya lakukan untuk Anda”;
Pecundang mengatakan, “Itu bukan tugas saya.”
Pemenang melihat jawaban atas setiap permasalahan;
Pecundang melihat masalah dalam setiap jawaban
Pemenang mengatakan, “Memang susah, tapi tetap ada kemungkinan”;
Pecundang mengatakan, “Memang ada kemungkinan, tapi itu terlalu sulit.”
Ketika seorang pemenang melakukan kesalahan, ia mengatakan, “Saya salah.”;
Ketika seorang pecundang melakukan kesalahan, ia mengatakan, “Bukan salah saya.”
Seorang pemenang membuat komitmen;
Seorang pecundang membuat janji
Pemenang mengatakan, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Pecundang mengatakan, “Sesuatu harus dilakukan.”
Pemenang selalu mencari hikmah dibalik seiap kejadian;
Pecundang selalu menyesali apa yang terjadi.
Pemenang memilih apa yang mereka katakan;
Pecundang mengatakan apa yang mereka pilih.
Pemenang berpegang teguh pada nilai dan berkompromi terhadap hal-hal kecil;
Pecundang berpegang teguh pada hal-hal kecil dan berkompromi terhadap nilai.
Pemenang menuruti falsafah: “Jangan lakukan pada orang lain hal-hal yang tidak kamu ingin mereka lakukan terhadap kamu”;
Pecundang mengikuti falsafah, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya padamu.”
Justeru, adakah anda seorang PEMENANG atau pecundang?
(dipetik daripada tulisan Marta Bayu)

SABAH COLLEGE HOCKEY TEAM: TRAINING SESSION!!


Haha.. dalam 2 minggu ni pasukan hoki lelaki maktab Sabah akan memulakan sesi latihan. Terpaksa kerja keras ni kali.. sebab, persaingan di peringkat Kebangsaan lebih mencabar. Sebagai wakil Sabah & Labuan ke peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya, kita sebagai pasukan yang bukan pilihan perlu membuat sedikit kejutan kepada mereka. Justeru, Pasukan Maktab Sabah perlu berada pada tahap terbaik. Fitness pun kena gila2 power.. Kerana salah satu kunci kejayaan sesbuah pasukan ialah tahap kecergasaan.. Kalu skill, memang kita jauh tinggal dengan pasukan2 dr semenanjung.. He3.. erm.. Oleh itu, berusaha la..Chaiyo2... SABAH BOLEH.. Pahang Tunggu Lah Kedatangan Kami.. Kih2... kih2..

Category:   Leave a Comment
Ladang Kelapa Sawit!!




2 Hari aku ndak sentuh laptop.. Penat membersihkan ladang kelapa sawit dekat kg (Bo4rt).. Ndak jua luas 6 ekar jak.. Laepun di Kampung tidak dapat on9.. Pagi p membersihkan ladang. Petangnya cari ikan,ketam dan udang.. Fuh.. almaklum lah, sebut jak pasal makanan laut, Bo4rt la raja.. He3.. Ni la antara Pokok kelapa Sawit yang sempat dibersihkan selama 2 hari.. banyak juga pokok yang berbuah macam dalam gambar. Barangkali dalam sebulan dua dapat la dituai hasilnya.. He3... Mujur pokok-pokoknya masih rendah tetapi buahnya banyak


.



YOU CAN WIN

WINNERS don't do different things,
They do things Differently


-by SHIV KHERA-

SAHABAT

Apabila BERUBAH dan bertukar keadaannya,
Jangan engkau tinggalkan dia,
kerana sekali ia MEMBENGKOK dan sekali ia MELURUS.

Renung-renungkan.....
Kerana ianya pasti terjadi kepada anda....

Maktab Sabah JUARA Kejohanan Hoki Sekolah2 Premier Zon Sabah & Labuan



21 July 2009_Desoturf, Likas Stadium.. Buat kali ke-2 berturut-turut.Maktab Sabah sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran Sang Juara Kejohanan Hoki sekolah premier 2009 Zon Sabah & Labuan.. Perlawanan penentuan antara All Saint dan Maktab Sabah akhirnya menyaksikan Maktab Sabah membenam cabaran SM All Saint dengan jaringan 2-0. Perlawanan tersebut agak seimbang di babak pertama dengan All Saint dan Maktab Sabah masing-masing berbalas serangan sehingga la tamat babak pertama yang berkesudahan dengan jaringan 0-0..Bersambung pada babak ke-2, Maktab Sabah membuka tirai jaringan hasil penyudah Larry Lian (Jaringan padang) dan kemudiannya Jacky Jaulis (Short-corner).. Di sebalik kejayaan tersebut, kredit juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan Maktab Sabah kerana berhempas pulas mempertahankan pintu gol Maktab Sabah agar tidak dibolosi lawan..kekentalan Benteng pertahanan Maktab Sabah ini sudah pasti kerana kepintaran jurumudi pertahanan Maktab Sabah yang diterajui oleh Badrul Kamal selaku Last Man.. Justeru, tahniah buat pasukan Maktab Sabah diatas kejayaan tersebut.. Selaku juara; Maktab Sabah akan membawa cabaaran Zon Sabah & Labuan ke kejohanan Hoki peringkat kebangsaan di Pahang pada awal ogos ini.. Oleh itu, Maktab Sabah perlu mempersiapkan pasukan sesempurna mungkin kerana Cabaran pada peringkat kebangsaan lebih Getir berbanding peringkat sebelumnya dengan berhadapan pasukan2 yang jauh lebih mantap... Harapan saya agar para pemain memberikan kerjasama yang padu kepada kami bagi mempersiapkan pasukan ke peringkat Kebangsaan.... Akhir sekali ALL THE BEST kepada pasukan HOKI MAKTAB SABAH 2009....(",)

Category:   Leave a Comment
Maktab Sabah Menang Besar 7-1

Tanggal 20hb July 2009, tirai Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah premier zon Sabah bermula dengan perlawanan pertama membabitkan SM La Salle bertemu SM All Saint pada sebelah pagi. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 1-4 (berpihak kepada SM All Saint).. Di sebelah petang adalah perlawanan yang membabitkan pasukan Maktab Sabah bertemu La Salle.. Perlawanan tersebut menyaksikan Maktab Sabah menang dengan jaringan 7-1... Kesemua jaringan gol di sempurnakan oleh 3 gol (Larry), 4 Gol (Fredee, Noh, Jacky dan Sharul Azwan)_


Senarai Barisan pemain Maktab Sabah:
Berdiri : Badrul, Faiz Aizat, Faezul, Jacky, Faiz Chen, Larry (Kapten), Sharul Azwan, Noh, Afif, Alvin, Shadat
Duduk : Zulfadli,Daniel,Fredee,Azwan,Iqbal,Adrian,Herman

Category:   Leave a Comment
Premier school 2009 - Sabah Zone

20hb July 2009 (Isnin)
La Salle VS All Saints
08:00 Pagi
Desoturf, Likas

Maktab Sabah VS La Salle
4:00 Petang

21hb July 2009 (selasa)
Maktab Sabah VS All Saints
08:00 Pagi





Liga Kak Ros musim 2009/10


Mulai 15hb Ogos 2009.. semua peminat English premier league (EPL) akan mula tertumpu ke TV. Rentetan sejarah musim lalu yang menobatkan Manchester United Tahun lalu masih lae terpaku di benak minda peminat-peminatnya.. Namun begitu, itu kisah lalu.. musim ini akan menjanjikan perlawanan yang sangat mendebarkan....

Situasi di Malaysia: Bagi pasukan dalam Liga Kak Ros.. Nah!!, sudah tiba masanya untuk registration he3... Bagi yang lupa sudah alamatnya (http://fantasy.premierleague.com/)... Daftar lah pasukan anda sebelum 15hb Ogos.. kamu masuk jak user name dan password yang lalu. Kira updated team.. pilih balik pasukan.. k... selamat berjuang. Bagi juara liga tahun lalu (Muhajir), jaga2 bro, Pro Goal FC akan cuba mencapai posisi yang baik pada perlawanan pertama ni..wakakaka....

Category:   Leave a Comment
Ayat-ayat Cinta


Cinta
seperti Matahari, ia tetap bercahaya.
Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi,
kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua Cahayanya.
....INSYALLAH...

Dia Merajuk La..(",)


Pagi ni aku bangun macam hari-hari biasa (Jam 10 pagi)..he3.. Semalam si Dia tutup HP awal. Aku Cuba SMS pagi ni..Tup Tap..rupanya merajuk di semalam.. He3.. Patut la semalam awal sangat di tutup HP.. Erm.. Kesnya, gara-gara aku terlupa say " Selamat Hari Ulang Tahun" yang ke-3.. Argh ni yang payah ni..sebab Bab-bab pujuk memujuk ni memang aku failed..he3..Bukan apa semalam aku scan2 soalan, pas siap aku baring2 la di Sofa.. tetiba.... ZZzzzzz... Aku terbangun balik dekat2 jam 12 lebih sudah. Aku send2 SMS (asyik pending). Kol plak ada cewek lain yang jawab..(" The number of your dail.......").. apa lae ditambah kepenatan td petang melatih bdk Hoki.. Terus lena di buai mimpi tidurnya.. Mo Cerita bab pujuk memujuk ni..memang aku agak lemah sedikit.. selalunya apa yang aku buat..aku biarkan dulu dia rilex.. tau lakan kalu emosi tengah kacau bilau. Ndak boleh diganggu.nanti lain plak jadinya..he3.. anyway.. sesiapa yang ada Tips yang lebih OK.. meh la kongsi ramai2.. he3 ... - Daa -

Maktab Sabah VS SMK Likas (Friendly Match)


Friendly match pertama (MS VS SMK) pada hari ini (08/07/2009) pada jam 4:00 petang. setelah menghabiskan baki minit perlawanan, akhirnya kemenangan berpihak kepada SMK dengan jaringan 2-1.. Walaubagaimanapun perlawanan kali ini adalah perintis kepada kejayaan akan datang. Insyallah... Kami mencuba satu formasi baru iaitu 5-3-2.. Erm..tetapi apa yang ingin saya Cerita kan disini ialah apabila satu kejutan dibuat oleh penyerang kami (merangkap last Man MS) - Badrul pada Minit pertama separuh masa kedua, beliau membuat kejutan dengan mengegarkan pintu jaring SMK untuk gol pembukaan.. Namun begitu, rentak kemenangan tidak dapat dijelmakan apabila penyerang SMK menjaringkan 2 gol untuk mencipta kemenagan.. Justeru apa yang ingin saya tekankan disini adalah: dalam sesebuah permainan yang melibatkan rakan sepasukan ialah kerjasama dan kesungguhan.. elemen-elemen ini penting bagi memacu kejayaan.. Oleh itu, buat pasukan Maktab Sabah Premier Cup 2009.. Teruskan Usaha anda dan jadikan perlawanan ini sebagai pengajaran bagi memperbaiki mutu permainan anda di Masa Hadapan..

Category:   1 Comment
Hari Baru Semester I sesi 2009/10


Hari ini adalah hari pertama UMS beroperasi semula bagi semester I sesi 2009/2010..he3 sejak sekian lama bercuti.. Namun begitu, aku hanya terperuk di rumah memikirkan strategi Hoki untuk bebudk hoki Maktab Sabah..He3.. Al maklum la sudah habis study..he3.. Rindu plak dekat UMS..haha2.. teinggat tym mula2 masuk UMS.punya main blur tym tu.ndak biasa dengan format Universiti.. terlari sana, terlari sini. kalu dulu pendaftaran kursus guna manual. so, bayangkan satu universiti bz ke sana ke mari untuk daftar kursus.. siap ada yang tergolek lae tym mendaftar.. kesian betul jugak.. he3.. Suasana di Kolej kediaman pun sesak. Macam ada pesta plak.semua bekeluaran.. wakakaka...Bus Stop penuh dengan student seawal jam 6/7 pagi.. Memang meriah la sesangat.. Skang guna on9.Terus senyap bus stop.. Buat pelajar UMS sesi 2009/10, Good Luck. "Enjoy Your Campus Life". Kerana Peluang hanya datang sekali.. Guna la sebaik mungkin.. Kaut la pengalaman sebarapa banyak yang boleh..he

Category:   Leave a Comment
Related Posts with Thumbnails