Good Bye 2009, Welcome 2010!!


Detik-detik sblm memasuki tahun baru.. Apakah anda sudah mencapai apa yang anda hajati pada tahun 2009.. Apa kah azam baru anda untuk tahun 2010.? sekiranya ada orang yang mengutarakan apa azam aku untuk tahun 2010, aku pasti akan berkata harap tahun 2010 akan membawa perubahan yang positif baerbanding tahun 2009.. hehehe.. sebenarnya, ayat tu adalah jawapan selamat yang aku beri.. sebab aku sebenarnya tidak menetapkan matlamat yang khusus untuk di capai.. Bukan apa, kemungkinan besar ramai orang akan setuju jika aku berkata bahawa, lebih baik kita meneruskan perjalanan hidup kita tanpa memberikan apa-apa target..kerana pasti target tersebut akan tercapai atau tersasar... kalu tercapai Alhamdulillah.. tapi kalu tersasar.....????... Justeru itu, bagi aku bila ada sesuatu hal,kerja atau apa-apa yang berlaku baru aku akan letakkan target... Bila ada masalah aku akan hadapinya dengan tenang.. dan cuba selesaikannya satu persatu sehingga selesai...

Konklusinya, aku tetap akan menetapkan Target atau sasaran dalam apa perkara pun yg akan dilakukan.. tetapi sasaran tersebut buka khusus utk setahun. Tetapi lebih kepada sasaran semasa.. kerana sepanjang perjalanan kita pada tahun 2010 pasti akan menghadapai pelbagai suka duka dan perjalanan yang tidak terduga. Justeru, bila ada sesuatu yang berlaku, maka baru la kita menetapkan target... Oleh itu, Kita tutup lembaran 2009 yang bakal berlabuh sedikit waktu lae, dan kita buka buku baru untuk tahun 2010 dengan seribu kemanisan... -Amin-

Category:   Leave a Comment
Sedikit Catatan Sepanjang Dec 2009

Salam Satu Malaysia buat pengunjung blog aku.. mcm sdh terlalu lama blog ni di biarkan tanpa sebarang sentuhan daripadaku.. Aku selalu jgk mejenguk blog ini.. Namun, seperti malas plak mo mengupdated.. Bukan apa, Bila nak upload gambar tu, lama betul mo selesai... Tunggu punya tunggu, last2 cancel.. he3...

Mana mo mula ar....

Owh ya.. start dari Cuti Skool la.. tym SPM tu aku menjaga di Sekolah Agama Tun Datu Mustapha menggantikan sementara Coach Sudirman..Aku menjaga exam dkt sana selama seminggu.Best owh skool dkt sana. Tenang jak jiwa..Paling aku respect, student ngan Guru-gurunya terutama Pengetuanya.. Pelajar2 dkt sana sungguh hormat dengan guru (guru sekolah sana @ Bukan). . Beza sungguh dengan sekolah sekitar bandar.. Alangkah indahnya jika pelajar seperti itu berada di sekolah sekitar bandar, penuh dengan sopan santun dan mengutamakan kejayaan diri.. walaupun aku lihat sekolah itu serba kekurangan dari segi fizikal sekolah... Manakala Pengetuanya amat peramah dengan para pelajar.. seperti ayah dan anak2..
Bytw, aku ucapkan selamat berjaya kepada para pelajar SPM sek. men. Agama Tun Datu Mustapha dan selamat Maju Jaya...

Kemudian bermula la aktiviti ku sebagai pengganggur sementara... he3

Mujur Pengurus pasukan hoki West Coast memanggil ku untuk join latihan Hoki bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Presiden 2009.. Kiranya pertandingan terakhir musim 2009 la.. hahahaha... selama beberapa hari kami berlatih akhirnya pada 17hb bermula kejohanan tersebut.. Kami memulakan Kampen dengan menang bergaya 7-1 menentang Tembadau Divisyen 1 (Angkatan Tentera Darat) sebelah pagi dan menetang Sandakan di sebelah petang (menang 3-0). Hari kedua Kami menentang Royal Merlin (Angkatan Tentera Laut) di sebelah petang. Petang tu permainan terpaksa di tamatkan awal kerana cuaca kurang memuaskan dengan West Cost Memenangi perlawanan dengan jaringan 5-1.. Hari ketiga kejohanan menyaksikan kami membelasah PBU dengan jaringan 12-0.. Kejayaan tersebut memastikan kami layak ke peringkat Akhir dan pasukan yang menanti kami ialah pasukan Tembadau Div 1 yang sudah kami tewaskan diperingkat awal.. 20hb December 2009, merupakan titik paling bersejarah ku dalam Kejohanan piala presiden Sabah, kerana buat pertama kalinya aku memenangi pingat Emas sekaligus menobatkan pasukanku Johan Kejohanan Hoki Piala Presiden edisi 2009.. Ini kerana sebelum ini aku mewakili pasukan Hoki UMS, selama (4 tahun berturut-turut) dan kejayaan paling tinggi yang mampu dicapai hanya menjadi Naib Johan.. Oleh Itu, Tahniah Buat Pasukan Hoki West Coast dibawah pimpinan Coach Jumat (selaku Jurulatih), Abg Sukur & Pn Levie (Pengurus dan Pen. Pengurus pasukan) .. Selamat Maju Jaya.. MajuLah Sukan Untuk Negara.

Keratan Akhbar New Sabah Times 24 December 2009

Pasukan "Hockey West Coast" Bersama Jurulatih & Pengurus


Category:   Leave a Comment
Related Posts with Thumbnails