Showing posts with label Umum. Show all posts

Selamat Hari Jadi Maktab Sabah!!

16 Januari merupakan hari terbesar bagi Maktab sabah. Tahun ini genap la usia Maktab Sabah yang ke-53. Buat Warga Sekolah, tahniah kerana berjaya melengkapkan hari gemilang Maktab Sabah.. Segunung harapan agar Maktab Sabah terus mendaki kegemilangan keperingkat tertinggi.. Sekali lagi Syabas & tahniah.. "BORN TO WIN"

Category:   Leave a Comment
Gula.. oh Gula...


Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2010.. Tahun 2009 sdh beberapa jam berlalu... Kita hanya mampu mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009.. dan dalam masa yang sama, merencanakan misi dan visi baru pada tahun 2010.. diharap kenangan manis pada tahun 2009 sentiasa tersemat di jiwa.. manakala kenangan pahitnya di jadikan pengajaran dan sempadan utk tahun 2010... sepanjang tahun 2009 memperlihatkan pelbagai suka duka kepada setiap individu di seantero dunia.. namun begitu, apa yang aku ingin fokuskan bukan berkenaan dengan kenangan silam 2009, mahupun azam tahun 2010...

Sesuai dengan tajuk utama yg aku tonjolkan diatas, mungkin segelintir individu sudah dapat meramal isi sebenar catitan di tahun baru ini... Sejak akhir-akhir ini gula menjadi isu yang sangat hangat di akhir tahun.. namun, seakan-akan tenggelam kerana orang ramai mula ghairah menyambut krismas dan tahun baru, selain sibuk berbelanja utntuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan beberapa hari lagi...

Mungkin ada sesetengah individu yg tahu bahawa,bermula 01.01.10 harga gula akan meningkat sebanyak 20 sen di sabah dan sarawak. Kenaikan kadar harga gula ini menimbulkan pelbagai reaksi setempat.Walaubagaimanapun pelbagai pendapat pro & kontra terhadap isu ini. boleh kita analisis bersama. Sesetengah peniaga yang di temubual oleh pemberita sebentar td (TV1) mengatakan bahawa kenaikan ini tidak berapa menjejaskan pendaptan mereka, asalkan bekalan gula sentiasa ada.. pihak kerajaan pula mendakwa bahawa kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga gula di pasaran dunia.. adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?... bagi mereka yang berpendapatan rendah mungkin sangat tidak bersetuju keatas kenaikan ini, kerana kenaikan gula walaupun 10 sen akan menyebabkan kuasa beli mereka menurun..

Sekiranya kita tinjau dari sudut ekonomi pula, kenaikan harga gula ini sudah pasti memaksa kenaikan keatas barang-barang yang berasaskan gula. Contohnya minuman panas dan sejuk di kedai makan.. Mungkin hari ini kita tidak nampak kesannya.. kita tunggu beberapa waktu lagi.. kita cuba bandingkan harganya sewaktu ia bertarikh 31/12/2009 dengan harganya ketika itu (selepas kenaikan)... Pasti ada perbezaan yang sangat ketara. Seolah-olah tidak sejajar dengan kenaikan gula sebanyak 20 sen.

Justeru, sebagai insan biasa, kita tidak perlu mencari sebarang alasan untuk melepaskan diri. dan menyalahkan orang lain. Walaupun hakikatnya kita sebagai pengguna pasti akan terbeban. Oleh itu, sebagai renungan cuba kita mencari hikmah disebalik kejadian (kenaikan) ini.Sekiranya kita berfikiran positif, mungkin ada kebaikannya juga.Misalnya, dengan kenaikan harga gula ini, ianya memungkinkan pengambilan gula yang sedikit dalam makanan. Bila kurang mengambil gula, maka makin berkurang la individu yang dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh gula. (contohnya Diabetis)... hehehehe..

Konklusinya, sebagai pengguna yang rasional, tidak salah untuk kita melatah disebabkan isu ini. Ini kerana kita sebagai pengguna seharusnya peka terhadap hak setiap inidividu. Walaubagaimanapun sekiranya isu ini terpaksa kita hadapi, kita kena berdepan dengan kenyataan dan mencari hikmah disebalik semua kekalutan. Jangan asyik menunding jari kerarah orang lain. Hadapi semua ini dengan tenang dan Sabar. Oleh itu, kita fikir-fikirkan dan renungi..

II salam tahun baru 2010 II

Category:   Leave a Comment
Good Bye 2009, Welcome 2010!!


Detik-detik sblm memasuki tahun baru.. Apakah anda sudah mencapai apa yang anda hajati pada tahun 2009.. Apa kah azam baru anda untuk tahun 2010.? sekiranya ada orang yang mengutarakan apa azam aku untuk tahun 2010, aku pasti akan berkata harap tahun 2010 akan membawa perubahan yang positif baerbanding tahun 2009.. hehehe.. sebenarnya, ayat tu adalah jawapan selamat yang aku beri.. sebab aku sebenarnya tidak menetapkan matlamat yang khusus untuk di capai.. Bukan apa, kemungkinan besar ramai orang akan setuju jika aku berkata bahawa, lebih baik kita meneruskan perjalanan hidup kita tanpa memberikan apa-apa target..kerana pasti target tersebut akan tercapai atau tersasar... kalu tercapai Alhamdulillah.. tapi kalu tersasar.....????... Justeru itu, bagi aku bila ada sesuatu hal,kerja atau apa-apa yang berlaku baru aku akan letakkan target... Bila ada masalah aku akan hadapinya dengan tenang.. dan cuba selesaikannya satu persatu sehingga selesai...

Konklusinya, aku tetap akan menetapkan Target atau sasaran dalam apa perkara pun yg akan dilakukan.. tetapi sasaran tersebut buka khusus utk setahun. Tetapi lebih kepada sasaran semasa.. kerana sepanjang perjalanan kita pada tahun 2010 pasti akan menghadapai pelbagai suka duka dan perjalanan yang tidak terduga. Justeru, bila ada sesuatu yang berlaku, maka baru la kita menetapkan target... Oleh itu, Kita tutup lembaran 2009 yang bakal berlabuh sedikit waktu lae, dan kita buka buku baru untuk tahun 2010 dengan seribu kemanisan... -Amin-

Category:   Leave a Comment
Sedikit Catatan Sepanjang Dec 2009

Salam Satu Malaysia buat pengunjung blog aku.. mcm sdh terlalu lama blog ni di biarkan tanpa sebarang sentuhan daripadaku.. Aku selalu jgk mejenguk blog ini.. Namun, seperti malas plak mo mengupdated.. Bukan apa, Bila nak upload gambar tu, lama betul mo selesai... Tunggu punya tunggu, last2 cancel.. he3...

Mana mo mula ar....

Owh ya.. start dari Cuti Skool la.. tym SPM tu aku menjaga di Sekolah Agama Tun Datu Mustapha menggantikan sementara Coach Sudirman..Aku menjaga exam dkt sana selama seminggu.Best owh skool dkt sana. Tenang jak jiwa..Paling aku respect, student ngan Guru-gurunya terutama Pengetuanya.. Pelajar2 dkt sana sungguh hormat dengan guru (guru sekolah sana @ Bukan). . Beza sungguh dengan sekolah sekitar bandar.. Alangkah indahnya jika pelajar seperti itu berada di sekolah sekitar bandar, penuh dengan sopan santun dan mengutamakan kejayaan diri.. walaupun aku lihat sekolah itu serba kekurangan dari segi fizikal sekolah... Manakala Pengetuanya amat peramah dengan para pelajar.. seperti ayah dan anak2..
Bytw, aku ucapkan selamat berjaya kepada para pelajar SPM sek. men. Agama Tun Datu Mustapha dan selamat Maju Jaya...

Kemudian bermula la aktiviti ku sebagai pengganggur sementara... he3

Mujur Pengurus pasukan hoki West Coast memanggil ku untuk join latihan Hoki bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Presiden 2009.. Kiranya pertandingan terakhir musim 2009 la.. hahahaha... selama beberapa hari kami berlatih akhirnya pada 17hb bermula kejohanan tersebut.. Kami memulakan Kampen dengan menang bergaya 7-1 menentang Tembadau Divisyen 1 (Angkatan Tentera Darat) sebelah pagi dan menetang Sandakan di sebelah petang (menang 3-0). Hari kedua Kami menentang Royal Merlin (Angkatan Tentera Laut) di sebelah petang. Petang tu permainan terpaksa di tamatkan awal kerana cuaca kurang memuaskan dengan West Cost Memenangi perlawanan dengan jaringan 5-1.. Hari ketiga kejohanan menyaksikan kami membelasah PBU dengan jaringan 12-0.. Kejayaan tersebut memastikan kami layak ke peringkat Akhir dan pasukan yang menanti kami ialah pasukan Tembadau Div 1 yang sudah kami tewaskan diperingkat awal.. 20hb December 2009, merupakan titik paling bersejarah ku dalam Kejohanan piala presiden Sabah, kerana buat pertama kalinya aku memenangi pingat Emas sekaligus menobatkan pasukanku Johan Kejohanan Hoki Piala Presiden edisi 2009.. Ini kerana sebelum ini aku mewakili pasukan Hoki UMS, selama (4 tahun berturut-turut) dan kejayaan paling tinggi yang mampu dicapai hanya menjadi Naib Johan.. Oleh Itu, Tahniah Buat Pasukan Hoki West Coast dibawah pimpinan Coach Jumat (selaku Jurulatih), Abg Sukur & Pn Levie (Pengurus dan Pen. Pengurus pasukan) .. Selamat Maju Jaya.. MajuLah Sukan Untuk Negara.

Keratan Akhbar New Sabah Times 24 December 2009

Pasukan "Hockey West Coast" Bersama Jurulatih & Pengurus


Category:   Leave a Comment

Laguku - Ungu

Mungkinkah kau tahu
rasa cinta yang kini membara
dan masih tersimpan
dalam lubuk jiwa

ingin kunyatakan
lewat kata yang mesra untukmu
namun ku tak kuasa
untuk melakukannya

reff: mungkin hanya lewat lagu ini
akan kunyatakan rasa
cintaku padamu rinduku padamu
tak bertepi

mungkin hanya sebuah lagu ini
yang selalu akan kunyanyikan
sebagai tanda betapa aku
inginkan kamu

Category:   Leave a Comment
Minggu EXAM di Maktab


Esok.. minggu exam akan bermula.. start dr form 1-4 ngan PRAU1. Form 3 di dewan, buat aktiviti selepas PMR. Manakala form 5 ngan Upper 6 ulangkaji..he3...MayB kurang sedikit la kerja esok ni..Relief mengkali byk.. huhu.. nywy selamat menduduki peperiksaan. Buat yang terbaik.. STUDY SMART...

Category:   Leave a Comment
Malang Tidak Berbau!!


Hari ini Malang Sedikit La dekat aku..men badminton kunun di skool.. Tapi ndak warm-up dulu.. pastu kaki terseliuh.. Fuh Bengkak.. sekali p Queen untuk P Cheak.. Doktor Cakap tisu kaki ada koyak.. pastu retak sedikit tulang..he3..nywy Still Boleh bawa motor la..Kih.. Tapi ndak boleh terlampau banyak pergerakan.. So, terpaksa la aku berehat sebulan dari sebarang aktiviti sukan.. Huhuu.. MORAL OF THE STORY: Warm Up Sebelum menjalankan aktiviti Sukan.. He3

Category:   Leave a Comment
Pencipta Kartun Crayon Shin-chan Meninggal!!



Bila aku baca news Paper hari ini (23 september 2009), baru aku sedar bahawa pencipta siri kartun yang sangat digilai budak2 di Malaysia (bahkan turut diminati oleh bapa2 budak dan sewaktu dengannya "he3he3") sudah di sahkan meninggal. Menurut Berita (skemanya): Mayat lelaki yg ditemui di kaw. pergunungan di Utara Tokyo disahkan sebagai Usui (Ni namanya) 51 tahun. Beliau di laporkan hilang pd 11 sept selepas dia mendaki gunung Arafune..

Buku kartun Shin-chan sudah dijual sebyk 50 juta naskah di Jepun dan turut di siarkan di 30 buah negara. akan tetapi, PIBG di Jepun menyenaraikan kartun ini sebagai penerbitan yg perlu dijauhkan drpd pemandangan kanak2 (tau2 la sendirikan)..he3... Namun, baru2 ini kartun ini digunakan utk tujuan pembelajaran di sekolah (bukan di Malaysia)

Category:   Leave a Comment
Kotobian Tadau Raya (",)


Selamat Berhari Raya Buat Umat Islam di seluruh Dunia UMUMnya..
Maaf Zahir & Batin
(",)

Category:   Leave a Comment
Tahniah!! PRAU1 (Sabah College) 2009

Congrates!! PRAU1 batch 2009.. all of U did a great performance last day (17 September 2009).. i never expected that wonderful performance.. Thanks for the cooperation to make sure the "2009 Sabah College Independent Ceremony" succeed..





PRAU1 Student: Asrafrushdy (Leader) ,Dyana Omar, Mohd Husnul Muqsit, Khairul Afif Yahya, Azuriani, Siti Rasna Sierra Rasmat, Dayang Zaiyarina Tarpah Bte Mohd Yaakub, Megavani M. K, Khairi Abd Kadir, Azie Zaleha, Azel Glean, Fedelia, Mohd Shahmi, Rani Tasman, Sheldon Elev, Suzainie, Abd Hadi Aspar, Crystal Sunshine, Nicole J, Azmil, Dewina, Wan Sri, Nor Hanisah, Dg. Siti, Lawrina, Safiqah, Jill, Rozaini, Jeremiah, Claire, Vicky, Kessnia (student were involved)

Category:   1 Comment
Majlis Penutupan Kemerdekaan Maktab Sabah


Buat pengetahuan warga Maktab Sabah. Maktab Sabah akan mengadakan Majlis Penutupan kemerdekaan pada 17 September 2009 (Khamis).. Tapi yang paling memeningkan Kepala Hotak aku ini.. Pada Majlis 2 ada satu Drama atau sketsa yang berbentuk muzikal/puisi n Syair.. So, orang yang bertanggungjawab untuk memantau projek ini adalah AKU.. wahahaha.. Mati la...

but, nway... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke-52 (2009)

Category:   Leave a Comment
Satu Malaysia By Faizal Tahir

Akhirnya teka-teki peraduan mencipta lagu satu Malaysia telah diketahui.. Juaranya Audi Mok dan Lirik oleh Nur Fatima dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Tahniah diucapkan!!!

Category:   Leave a Comment
Makan Malam Tingkatan 1 Makmur


21 ogos 2009, bertempat di Cempaka Ballroom, Hyatt Hotel. Tingkatan 1 Makmur telah mengadakan majlis Makan malam.. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar 1 makmur kerana berjaya menganjurkan majlis yang gilang-gemilang.. Tetamu yang hadir terdiri daripada Pn Fatimah Sahara (YDP PIBG), Pn Hajah Nuinda Hj. Alias (Pengetua Maktab Sabah), Pn Samsiah Al-Malek (PKP), En. Hasrul Jideh (Guru Kelas sementara I Makmur), Pn. Farhana, En. Hilary, Cik Surilla stimol, Pn Jeany, Cik Lai, En. Desmond dll... Sekalung Terima Kasih juga buat pelajar2 tingkatan 1 Makmur kerana memberikan komitmen dan sokongan terhadap majlis tersebut.. anyway thanks juga kerana memberikan peluang kepada cikgu untuk menjadi sebahagian daripada kelas anda.. he3...

Category:   Leave a Comment
Hari Baru Semester I sesi 2009/10


Hari ini adalah hari pertama UMS beroperasi semula bagi semester I sesi 2009/2010..he3 sejak sekian lama bercuti.. Namun begitu, aku hanya terperuk di rumah memikirkan strategi Hoki untuk bebudk hoki Maktab Sabah..He3.. Al maklum la sudah habis study..he3.. Rindu plak dekat UMS..haha2.. teinggat tym mula2 masuk UMS.punya main blur tym tu.ndak biasa dengan format Universiti.. terlari sana, terlari sini. kalu dulu pendaftaran kursus guna manual. so, bayangkan satu universiti bz ke sana ke mari untuk daftar kursus.. siap ada yang tergolek lae tym mendaftar.. kesian betul jugak.. he3.. Suasana di Kolej kediaman pun sesak. Macam ada pesta plak.semua bekeluaran.. wakakaka...Bus Stop penuh dengan student seawal jam 6/7 pagi.. Memang meriah la sesangat.. Skang guna on9.Terus senyap bus stop.. Buat pelajar UMS sesi 2009/10, Good Luck. "Enjoy Your Campus Life". Kerana Peluang hanya datang sekali.. Guna la sebaik mungkin.. Kaut la pengalaman sebarapa banyak yang boleh..he

Category:   Leave a Comment
"PeLaJaR Hari Ini PemimPin Hari EsoK"


Ni lah rakan-rakan seperjuangan dalam HT18 Pendidikan dengan ekonomi, SESI 2005/2006 Universiti Malaysia Sabah yang bakal bergraduate pada bulan 10 ni..he3.. Tempoh masa 4 tahun ketika bergelar pelajar, sangat pantas. Walhal, kali pertama menjejakkan kaki ke UMS. Dengar jak 4 tahun, terus mengeluh (wow!! lama nya). Tapi sehari lae sebelum final exam terakhir, mula lah terasa seperti tidak mo meninggalkan UMS plak... He3.. Itu lah lumrah kehidupan..huhu2.. Buat bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Hargailah dan manfaatkan lah masa anda di Universiti terutama mereka yang mengambil Ijazah Sarjana Muda. Kerana waktu itu adalah waktu yang sangat menyeronokkan berbanding tahap yang seterusnya (Ijazah, Master etc). Jadi buat rakan-rakan ku yang bakal bergelar guru suatu hari nanti. ALL THE BEST TO U ALL!! Buat la yang terbaik untuk profesion keguruan dan pahatkan jiwa mu dengan AURA untuk melihat anak bangsa kita akan mengubah Malaysia kearah Kecemerlangan. Pastikan:

"PELAJAR HARI INI ADALAH PEMIMPIN HARI ESOK"

Category:   Leave a Comment
Related Posts with Thumbnails