Showing posts with label Sports. Show all posts

Tahniah Pasukan Hoki Maktab Sabah!!!


31 Okt - 1 Nov 2009, Maktab Sabah telah menghantar 4 pasukan hoki ke kejohanan Terbuka & Jemputan Sains Sukan yang bertempat di UMS. Maktab Sabah berjaya mendapat tempat ke-4 (kategori Lelaki). Walaubagaimanapun, tahniah buat pasukan junior Maktab Sabah (Lelaki & Perempuan) diatas peningkatan mendadak pasukan.. terutama pasukan hoki lelaki Maktab Sabah. Pasukan tersebut dibarisi pemain2 tingkatan 1,2 dan seorg pemain tingkatan 3 & 4. Semangat bersaing yg jitu telah membuahkan hasil yg sangat menakjubkan.. mereka berjaya mengikat 3 pasukan gergasi (bleh kira gergasi la-penilaian berdasarkan umur & pengalaman) dengan keputusan seri 0-0 (UMS1,Pelajar Sains Sukan UMS, dan SMK Likas)...he3..
Well done guys u all did a realy fantastic Job!!

Category:   Leave a Comment
Latihan Hoki Pasukan Maktab Sabah

Latihan Hoki Pasukan Hoki Maktab Sabah
Hari : Isnin & Rabu
Sasaran : Tingkatan 1,2 dan 4

Bagi yang terpilih (tingkatan 1,2 dan 4) diharap dapat memberikan komitmen bagi memastikan Pasukan Hoki Maktab Sabah Kekal sebagai antara pasukan Hoki yang digeruni.. Insyallah...

Category:   Leave a Comment
Premier Cup kebangsaan 2009, Pahang

For the first tym, aku tidak teruja untuk buat report pasal premier cup kebangsaan yang berakhir pada 12hb Ogos 2009.. Kami turun sebagai pasukan bawahan. Diletakan satu group dengan pasukan hoki sultan sulaiman Terengganu, Setapak High School dan Penang Free School.. Rata2 level pemain Sabah dengan Pasukan dari semenanjung sangat Jauh. Macam Pasukan England dengan Malaysia.. Bayangkan sahaja perbandingan antara pemain pasukan dari setapak High School, pemain MS yang bermain untuk pasukan negeri boleh dibilang dengan jari.. Manakala pasukan Setapak ada 6 orang yang sudah mewakili MALAYSIA.. So, No comment about Level.. Ada jurulatih yang menyatakan bahawa, sesebuah pasukan tidak akan boleh mencabar pasukan lain hanya dengan latihan. Maksudnya di sini, perlunya perlawanan demi perlawanan untuk mematangkan pemain. Latihan hanya boleh dilakukan untuk memperbaiki basic skill.. Tapi untuk menjadikan seorang pemain itu menjadi lebih hebat ialah perlawanan (friendly match atau tournement).. So, moral of the story..... pandai2 lah conclude..he3..
P/S: Setiap kejayaan tidak akan terhasil tanpa USAHA & KOMITMEN

Category:   Leave a Comment
Welcome To PAHANG!!

Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2009
Tarikh : 07 - 12 Ogos 2009
Tempat : Kuantan Pahang
Tarikh dan masa Bertolak ke KLIA (Kuala Lumpur) dari KKIA (sabah)
07 August 2009 (Jumaat)
Jam 07:30 pagi (mesti berada di KKIA)
Penerbangan menggunakan MAS
Pakaian: Baju Hijau (sponser) + tracksuit

Category:   Leave a Comment
ARSHAVIN'S Impossible Goal!!!

Sabtu 1/08/2009, Perlawanan persahabatan antara Arsenal VS Atletico Madrid berkesudahan 2-1.. First half ndak banyak berubah..masing-masing berbalas serangan.. Namun Begitu, titik2 kebangkitan mula menyerlah apabila pada minit ke-66. Arsene Wanger memasukan ARSHAVIIN, Febregas dan Eduardo menggantikan Van persie,Bedtner dan Ramsey yang dilihat seakan kurang memberikan ancaman kepada kubu Atletico.. Pada minit 86' ARSHAVIN Meladakan gol pembukaan sebelum disamakan oleh atletico. Pada minit-minit terakhir (minit ke-90') ARSHAVIN sekali lagi membuatkan pasukan Tuan Rumah bersorak riang apabila menyumbat gol kedua seterusnya menyaksikan Arsenal menang 2-1....



P/S: Konklusinya : ARSHAVIN Memang POWER.. Penggempur paling berbisa selain TORRES dan RONNEY..He3

Category:   Leave a Comment
SABAH COLLEGE HOCKEY TEAM: TRAINING SESSION!!


Haha.. dalam 2 minggu ni pasukan hoki lelaki maktab Sabah akan memulakan sesi latihan. Terpaksa kerja keras ni kali.. sebab, persaingan di peringkat Kebangsaan lebih mencabar. Sebagai wakil Sabah & Labuan ke peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya, kita sebagai pasukan yang bukan pilihan perlu membuat sedikit kejutan kepada mereka. Justeru, Pasukan Maktab Sabah perlu berada pada tahap terbaik. Fitness pun kena gila2 power.. Kerana salah satu kunci kejayaan sesbuah pasukan ialah tahap kecergasaan.. Kalu skill, memang kita jauh tinggal dengan pasukan2 dr semenanjung.. He3.. erm.. Oleh itu, berusaha la..Chaiyo2... SABAH BOLEH.. Pahang Tunggu Lah Kedatangan Kami.. Kih2... kih2..

Category:   Leave a Comment
Maktab Sabah JUARA Kejohanan Hoki Sekolah2 Premier Zon Sabah & Labuan



21 July 2009_Desoturf, Likas Stadium.. Buat kali ke-2 berturut-turut.Maktab Sabah sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran Sang Juara Kejohanan Hoki sekolah premier 2009 Zon Sabah & Labuan.. Perlawanan penentuan antara All Saint dan Maktab Sabah akhirnya menyaksikan Maktab Sabah membenam cabaran SM All Saint dengan jaringan 2-0. Perlawanan tersebut agak seimbang di babak pertama dengan All Saint dan Maktab Sabah masing-masing berbalas serangan sehingga la tamat babak pertama yang berkesudahan dengan jaringan 0-0..Bersambung pada babak ke-2, Maktab Sabah membuka tirai jaringan hasil penyudah Larry Lian (Jaringan padang) dan kemudiannya Jacky Jaulis (Short-corner).. Di sebalik kejayaan tersebut, kredit juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan Maktab Sabah kerana berhempas pulas mempertahankan pintu gol Maktab Sabah agar tidak dibolosi lawan..kekentalan Benteng pertahanan Maktab Sabah ini sudah pasti kerana kepintaran jurumudi pertahanan Maktab Sabah yang diterajui oleh Badrul Kamal selaku Last Man.. Justeru, tahniah buat pasukan Maktab Sabah diatas kejayaan tersebut.. Selaku juara; Maktab Sabah akan membawa cabaaran Zon Sabah & Labuan ke kejohanan Hoki peringkat kebangsaan di Pahang pada awal ogos ini.. Oleh itu, Maktab Sabah perlu mempersiapkan pasukan sesempurna mungkin kerana Cabaran pada peringkat kebangsaan lebih Getir berbanding peringkat sebelumnya dengan berhadapan pasukan2 yang jauh lebih mantap... Harapan saya agar para pemain memberikan kerjasama yang padu kepada kami bagi mempersiapkan pasukan ke peringkat Kebangsaan.... Akhir sekali ALL THE BEST kepada pasukan HOKI MAKTAB SABAH 2009....(",)

Category:   Leave a Comment
Maktab Sabah Menang Besar 7-1

Tanggal 20hb July 2009, tirai Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah premier zon Sabah bermula dengan perlawanan pertama membabitkan SM La Salle bertemu SM All Saint pada sebelah pagi. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 1-4 (berpihak kepada SM All Saint).. Di sebelah petang adalah perlawanan yang membabitkan pasukan Maktab Sabah bertemu La Salle.. Perlawanan tersebut menyaksikan Maktab Sabah menang dengan jaringan 7-1... Kesemua jaringan gol di sempurnakan oleh 3 gol (Larry), 4 Gol (Fredee, Noh, Jacky dan Sharul Azwan)_


Senarai Barisan pemain Maktab Sabah:
Berdiri : Badrul, Faiz Aizat, Faezul, Jacky, Faiz Chen, Larry (Kapten), Sharul Azwan, Noh, Afif, Alvin, Shadat
Duduk : Zulfadli,Daniel,Fredee,Azwan,Iqbal,Adrian,Herman

Category:   Leave a Comment
Liga Kak Ros musim 2009/10


Mulai 15hb Ogos 2009.. semua peminat English premier league (EPL) akan mula tertumpu ke TV. Rentetan sejarah musim lalu yang menobatkan Manchester United Tahun lalu masih lae terpaku di benak minda peminat-peminatnya.. Namun begitu, itu kisah lalu.. musim ini akan menjanjikan perlawanan yang sangat mendebarkan....

Situasi di Malaysia: Bagi pasukan dalam Liga Kak Ros.. Nah!!, sudah tiba masanya untuk registration he3... Bagi yang lupa sudah alamatnya (http://fantasy.premierleague.com/)... Daftar lah pasukan anda sebelum 15hb Ogos.. kamu masuk jak user name dan password yang lalu. Kira updated team.. pilih balik pasukan.. k... selamat berjuang. Bagi juara liga tahun lalu (Muhajir), jaga2 bro, Pro Goal FC akan cuba mencapai posisi yang baik pada perlawanan pertama ni..wakakaka....

Category:   Leave a Comment
Maktab Sabah VS SMK Likas (Friendly Match)


Friendly match pertama (MS VS SMK) pada hari ini (08/07/2009) pada jam 4:00 petang. setelah menghabiskan baki minit perlawanan, akhirnya kemenangan berpihak kepada SMK dengan jaringan 2-1.. Walaubagaimanapun perlawanan kali ini adalah perintis kepada kejayaan akan datang. Insyallah... Kami mencuba satu formasi baru iaitu 5-3-2.. Erm..tetapi apa yang ingin saya Cerita kan disini ialah apabila satu kejutan dibuat oleh penyerang kami (merangkap last Man MS) - Badrul pada Minit pertama separuh masa kedua, beliau membuat kejutan dengan mengegarkan pintu jaring SMK untuk gol pembukaan.. Namun begitu, rentak kemenangan tidak dapat dijelmakan apabila penyerang SMK menjaringkan 2 gol untuk mencipta kemenagan.. Justeru apa yang ingin saya tekankan disini adalah: dalam sesebuah permainan yang melibatkan rakan sepasukan ialah kerjasama dan kesungguhan.. elemen-elemen ini penting bagi memacu kejayaan.. Oleh itu, buat pasukan Maktab Sabah Premier Cup 2009.. Teruskan Usaha anda dan jadikan perlawanan ini sebagai pengajaran bagi memperbaiki mutu permainan anda di Masa Hadapan..

Category:   1 Comment
Sabah College Hockey team 2002!!


Lama betul aku ndak post sesuatu dalam blog aku ni.. Skang ni aktiviti harian ku hanya melatih pemain-pemain hoki Maktab Sabah. Teingat dulu tym zaman-zaman sebaya mereka.. Tahun 2002.. fuh.. best owah.. Tahun terakhir kami bermain untuk Maktab sabah.. Kalu diimbas kembali, tidak jauh bezanya tahap permainan kami dengan team yang aku latih skang ni.. Cuma yang bezanya.. diorang akan bermain di peringkat yang lebih tinggi dan pialanya lebih berprestij (walhal kami hanya bermain untuk team sekolah dalam pertandingan MSSDKK).. Tetapi walaupun sekecik-kecik pertandingan, itu bukannya alasan untuk menidakkan kebangkitan team Maktab Sabah.. Sekiranya disorot tahap pencapaian Maktab Sabah dari tahun 1995-2002. Maktab Sabah hanya mula dikenali pada tahun 2002.. Tym 2 kira zaman gila-gila la gemilangnya Hoki Maktab Sabah.. Menjuarai pertandingan hoki bahagaian MSSDKK sudah cukup untuk menenggelamkan sukan-sukan lain yang lebih elit daripada Hoki di Maktab Sabah (contohnya Ragbi dan Bola Jaring).. Di sebalik kejayaan itu, terselit seribu kepayahan untuk mencapainya.. Dengan fasiliti sukan yang sangat daif, stick hoki pun men beli sendiri..apa lae Coach. Masing-masing jadi coach (means:Teda coach Kami tym 2)..huhu..akhirnya kejayaan Milik Kami Bersama.. "MAKTAB SABAH GEMILANG"

p/s: Team Maktab Sabah 2002 : Sunjeet singh, Hanizam, S'Rul, Rudolf, Awang Khairi, Fadhil, Fadzli, Shah, Billboyd, Lan, Syed Farid, Adam, fadhil Hamsa, Mazlan, Zayandi, Aimin, Pipo, Echil

Category:   Leave a Comment
34th Pesta Hoki USM-Penang International 2007


Hye.. tym aku imbas-imbas gambar aku dalam friendster.Tetiba terlihat gambar ni.. Huhu.. ini la pencapaian terbaik aku dalam sukan hoki sebagai pemain. Ndak dapat aku lupakan saat kemenangan kami daripada peringkat awal sehingga keseparuh akhir. Namun, apa yang boleh disimpulkan, kami kalah dengan bergaya. Maklumlah kekalahan yang kami cipta adalah kekalahan yang boleh disifatkan sebagai kekalahan bermaruah..huhu3.. mo tau dengan pasukan apa kami kalah?... lets cheak it out... sebelum tu kita singkap kembali bagaimana kami berhempas pulas menaiki tangga ke separuh akhir. Perlawanan dalam peringkat kumpulan kami berjaya menempah tiket ke pusingan kedua sebagai naib juara kumpulan.Hanya tewas dengan pasukan USM A. Kemudian menentang pasukan-pasukan handalan seperti USM B, teach team, MMU (team Macha2 kesemuanya - kuat eh team ni mujur menang penalti). Pastu kesuku akhir, menang dengan team UTM (gol kemenangan aku sumbang he3...). Jumpa la team gergasi di separuh akhir TEAM UPM. Huish.. tersangat la kuat ini TEAM. Apa tidak nya rata-rata pemain daripada pasukan ini dibarisi dengan pemain kebangsaan (ada dari senior dan junior team) contonhnya Jivan Mohan adik kepada Jiwa Mohan. Sepa ndak kenal, pemain hebat tu.. kena-kena lae dia baru balik dari Kejohanan hoki Sukan Sea Korat..wah2.. mujur hanya kalah 2-0. So, Johan sudah tentu UPM yang mengalahkan UPSI 4-0, ketiga milik bersama UMS dan USM A.. Begitulah perjalanan pasukan UMS di Kejohanan ini. Untuk pengetahuan anda (Hehehe) ini la kali pertama dan terakhir pasukan UMS mendapat pingat di kejohanan besar.. Tahniah buat Coach Dedi Saputra selaku jurulatih kami yang sangat cemerlang melatih pasukan kami... Chaiyo.Chaiyo... -THE END-

Category:   Leave a Comment
Related Posts with Thumbnails