Senarai Nama Pelajar Asrama 2011

Senarai nama Pelajar ASPURA

1. Franky Akin
2. Mohd Izzat Afifi
3. Mohd Rusydi
4. Nor Muhd Azeyatul
5. Mohd Zul Helmi
6. Mohd Ardi
7. Putra Wafi
8. Ag. Najmuddin
9. Mohd Rozaimie
10. Amir B Amit
11. Rudy Khushairi
12. Muhd Ummar
13. Mohd Hisyamudin
14. Muhd Amirul Aliff
15. Raxlysius Madius
16. Amp. M. Mahadir
17. Effendy Mohd Nor
18. Mohd Azizie
19. Mohd Azfar
20. Mohd Shahadat
21. Mohd Alwie
22. Emiardy
23. Nazrul Ikmal
24. Chanel Wilfred
25. Ak Mohd Syerkhan
26. Mohd Fahmi
27. Mohd Fikri
28. Mohd Izani


Senarai nama pelajar ASPURI
1.Nur Janat
2. Dayangku Nur Aida
3. Nur Syahirah
4. Azzira Marius
5. Aina Najwa
6. Nur Azrin
7. Dayang Nur Sufianie
8. Elvia Joseph
9. Nabihah E'zzati
10. Siti Nurfathini
11. Syakirah Natasha
12. Nur Ayu Syazwani
13. Hanis Syamimi
14. Dg Nur Syaheera
15. Nur Azira Kusnan
16. Nurain Ayuni
17. Nadrah Fathin
18. Noor Kasumah
19. Syahirah Musli
20. Leeza Farhana
21. Nuur Syadzalina
22. Lonna Samentha
23. Yus Atika
24. Dg. Nuradilah
25. Fiona Lim
26. Fatimah Fatin
27. Siti Nurfaridah
28. Nik Nur Nabila
29. Nurul Azira
30. Arnee Hernani Charles
31. Mahirah Ampuan Acheh

Senarai Nama K.I.V
1. Jaystone Jahnes ( Tidak menghantar borang permohonan)
2. Muhd Fazil B Muhd Hamli (Tidak menghantar borang permohonan)
3. Idzni Dzakiyy (Tidak menghantar borang permohonan)
4. Mohd Nazmi Roslan (Tidak menghantar borang permohonan)
5. Nur Nasreen Junaidi (Tidak menghantar borang permohonan)

Peringatan
1. Pendaftaran pada 2hb Januari 2011 (Ahad)
2. Pastikan anda membawa surat tawaran kemasukan semasa mendaftar
3. Yuran RM130.00 setahun (bayaran utk sekali sahaja)
4. Pelekat kenderaan bagi Ibu bapa akan dijual pada masa pendaftaran RM5 sekeping
(utk tahun 2011,hanya kenderaan yg berpelekat sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan asrama)

Category:   Leave a Comment
KEJOHANAN HOKI MSS SABAH 2010


4-7 Mei 2010, SANDAKAN Hoki Stadium. Buat kali kedua berturut-turut pasukan hoki MSSB Barat berjaya mengekalkan Trofi Kejuaraan. Pasukan yang dibarisi oleh ramai pemain berpengalaman tersebut mencatatkan keputusan yang membanggakan dengan pulang tanpa sebarang bolos. Kenangan yang paling manis di catat oleh Pasukan MSSB Barat kali ini ialah dengan pulang dengan berpingat Untuk semua Kategori yang disertai. Antaranya Lelaki U-18 (Johan), Perempuan U-18 (Ketiga), Lelaki U-12 (Naib Johan) & Perempuan U-12 (Ketiga).


Pengurus Pasukan : Pn Levie@Laila - SMK Perempuan Likas
Jurulatih : En Hasrul Jideh - Maktab Sabah
Pen. Jurulatih : Cik Patricia Agnes - SMK Tamparuli

Para Pemain
1. Ayeres Masidol
2. Jetleeaon Dangku
3. Madius Micheal
4. Clerence Yasin
5. Jeffreysius Mahin
6. Victor Midin
7. Mohd Zabri Ashim
8. Clint Aswall
9. Mohd Khairul Affendy Haili
10. Ronny Erno Jidin
11. Mohd Shadat Abd Laja
12. Fredee Jaulis
13. Mohd Nazri Ashim
14. Mohd Zafri Sibu
15. Mawardi B Hamirin
16. Alfian Shah Lauren B Wahab
17. Mohd Izzam Azrai Ismail
18. Muhd Afiq B Japli

Berikut Keputusan Perlawanan yang membabitkan pasukan Lelaki U-18

Peringkat Kumpulan
MSSB Barat VS MSSB Selatan (0-0)
MSSB Barat VS MSSB Utara (1-0)
[Fredee - PC]

Separuh Akhir
MSSB Barat VS MSSB Tenggara (2-0)
[Jefrysius - PC , Fredee- FG]

Akhir
MSSB Barat VS MSSB Pedalaman (3-0)
[Fredee - PC, Shadat - PS, Muhd Afiq - FG]

Category:   Leave a Comment
Kejohanan Hoki MSSB Barat

26-27 April 2010, DESOTURF LIKAS Kota Kinabalu.Tahniah buat pasukan Hoki U-18 (Lelaki) Kota Kinabalu kerana berjaya menjadi Johan bagi Kejohanan Hoki Bawah 18 MSSB Barat. Perlawanan dijalankan secara Liga Satu pusingan di mana terdapat 3 pasukan yang menyertainya iaitu Kota Kinabalu,Tuaran dan Ranau. Perlawanan pertama pada 26hb April melibatkan Pasukan KK VS Ranau (3-1), kemudian diikuti perlawanan antara Ranau VS Tuaran (2-1) dan akhir sekali KK VS Tuaran (0-0). Perlawanan Tersebut menyaksikan Kota Kinabalu muncul Juara dikuti Ranau,Naib Johan dan Tuaran di tempat ketiga.

Pengurus Pasukan: Pn Levie Laila
Jurulatih: En Hardizan
Pen. Jurulatih : En Hasrul Jideh

Pemain:
1. Alfian (GK)
2. Mohd Guru (GK)
3. Aldrian Jack
4. Amiezal Affandi
5. Mawardi Hamirin
6. Muhd Afiq Japli
7. Mohd Faiz Aizat Jenal
8. Mohd Izzam Azrai
9. Mohd Khaliq hamirin
10. Mohd Nazri Ashim
11. Mohd Shadat Laja
12. Mohd Yassin Jaludin
13. Muhd Zafri Sibu
14. Reynold Wayne
15. Tan Lie Chein
16. Zakhri Esar
17. Zulhelm Muin
18. Fredee Jaulis

Category:   Leave a Comment
Happy Chinese New Year..


Happy Chinese New Year kpd semua masyarakat Malaysia yang menyambutnya.. Kemeriahan CNY dirasai bersama.. Thanks for Missis n sir (Bos Seniwarna Sports & Souvenir) di atas pelawaan utk menghadiri Open Hse pd 14hb Feb 2010.. Angpau tu sy minat hahaha... but thank's a lot.. semoga Tahun ini memberikan seribu kemanisan kepada seluruh Masyarakat MALAYSIA..

Selamat Hari Jadi Maktab Sabah!!

16 Januari merupakan hari terbesar bagi Maktab sabah. Tahun ini genap la usia Maktab Sabah yang ke-53. Buat Warga Sekolah, tahniah kerana berjaya melengkapkan hari gemilang Maktab Sabah.. Segunung harapan agar Maktab Sabah terus mendaki kegemilangan keperingkat tertinggi.. Sekali lagi Syabas & tahniah.. "BORN TO WIN"

Category:   Leave a Comment
Pilihan atau kesempatan?


Ahad 10 Januari 2010 aka 10.01.10 (nice number).. seawal jam 7:00 aku berlegar-legar di gaya street mencari pengerai yang menjual membuat key chain yang boleh diukir mengikut kemahuan kita. Hampir sejam aku di sana.. Namun, aku cuma menemui seorg penggerai sahaja.. At least berbaloi jgk la aku turun pagi ni. Esok bermula lagi hari isnin merangkap hari persekolahan.. kena bangun awal untuk kesekolah..

erm.. kita lupakan hari esok, sebaiknya kita manfaatkan cuti rehat hari ahad ni.. hehehe.. sambil membaca blog-blog teman, aku tertarik dengan post cikgu Rashid yang bertajuk "cinta terseharusnya dimiliki". Tetapi apa yang ingin aku bincangkan bukan la berkenaan dengan tajuk tersebut, walaubagaimanapun ianya ada bersangkut paut dengan cinta... hehehe.. best juga mengupas persoalan ni.. kerana ramai remaja di luar sana yang menggemari isu ini..

kupasan pertama : Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai kemudian Ketika itu juga kita berada di tempat pada saat yang tepat,Itulah kesempatan. Setuju atau tidak terpulang kepada diri individu.

kupasan kedua : Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik,Itu bukan pilihan,itu kesempatan.

kupasan ketiga : Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,Bahkan dengan segala kekurangannya,Itu bukan kesempatan,itu adalah pilihan.

kupasan keempat : ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain Yang lebih menarik,lebih pandai,lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,Itulah pilihan.

Oleh itu, Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

(suntingan daripada http://nike.rasyid.net)

Gula.. oh Gula...


Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2010.. Tahun 2009 sdh beberapa jam berlalu... Kita hanya mampu mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009.. dan dalam masa yang sama, merencanakan misi dan visi baru pada tahun 2010.. diharap kenangan manis pada tahun 2009 sentiasa tersemat di jiwa.. manakala kenangan pahitnya di jadikan pengajaran dan sempadan utk tahun 2010... sepanjang tahun 2009 memperlihatkan pelbagai suka duka kepada setiap individu di seantero dunia.. namun begitu, apa yang aku ingin fokuskan bukan berkenaan dengan kenangan silam 2009, mahupun azam tahun 2010...

Sesuai dengan tajuk utama yg aku tonjolkan diatas, mungkin segelintir individu sudah dapat meramal isi sebenar catitan di tahun baru ini... Sejak akhir-akhir ini gula menjadi isu yang sangat hangat di akhir tahun.. namun, seakan-akan tenggelam kerana orang ramai mula ghairah menyambut krismas dan tahun baru, selain sibuk berbelanja utntuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan beberapa hari lagi...

Mungkin ada sesetengah individu yg tahu bahawa,bermula 01.01.10 harga gula akan meningkat sebanyak 20 sen di sabah dan sarawak. Kenaikan kadar harga gula ini menimbulkan pelbagai reaksi setempat.Walaubagaimanapun pelbagai pendapat pro & kontra terhadap isu ini. boleh kita analisis bersama. Sesetengah peniaga yang di temubual oleh pemberita sebentar td (TV1) mengatakan bahawa kenaikan ini tidak berapa menjejaskan pendaptan mereka, asalkan bekalan gula sentiasa ada.. pihak kerajaan pula mendakwa bahawa kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga gula di pasaran dunia.. adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?... bagi mereka yang berpendapatan rendah mungkin sangat tidak bersetuju keatas kenaikan ini, kerana kenaikan gula walaupun 10 sen akan menyebabkan kuasa beli mereka menurun..

Sekiranya kita tinjau dari sudut ekonomi pula, kenaikan harga gula ini sudah pasti memaksa kenaikan keatas barang-barang yang berasaskan gula. Contohnya minuman panas dan sejuk di kedai makan.. Mungkin hari ini kita tidak nampak kesannya.. kita tunggu beberapa waktu lagi.. kita cuba bandingkan harganya sewaktu ia bertarikh 31/12/2009 dengan harganya ketika itu (selepas kenaikan)... Pasti ada perbezaan yang sangat ketara. Seolah-olah tidak sejajar dengan kenaikan gula sebanyak 20 sen.

Justeru, sebagai insan biasa, kita tidak perlu mencari sebarang alasan untuk melepaskan diri. dan menyalahkan orang lain. Walaupun hakikatnya kita sebagai pengguna pasti akan terbeban. Oleh itu, sebagai renungan cuba kita mencari hikmah disebalik kejadian (kenaikan) ini.Sekiranya kita berfikiran positif, mungkin ada kebaikannya juga.Misalnya, dengan kenaikan harga gula ini, ianya memungkinkan pengambilan gula yang sedikit dalam makanan. Bila kurang mengambil gula, maka makin berkurang la individu yang dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh gula. (contohnya Diabetis)... hehehehe..

Konklusinya, sebagai pengguna yang rasional, tidak salah untuk kita melatah disebabkan isu ini. Ini kerana kita sebagai pengguna seharusnya peka terhadap hak setiap inidividu. Walaubagaimanapun sekiranya isu ini terpaksa kita hadapi, kita kena berdepan dengan kenyataan dan mencari hikmah disebalik semua kekalutan. Jangan asyik menunding jari kerarah orang lain. Hadapi semua ini dengan tenang dan Sabar. Oleh itu, kita fikir-fikirkan dan renungi..

II salam tahun baru 2010 II

Category:   Leave a Comment
Related Posts with Thumbnails