Gula.. oh Gula...


Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2010.. Tahun 2009 sdh beberapa jam berlalu... Kita hanya mampu mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009.. dan dalam masa yang sama, merencanakan misi dan visi baru pada tahun 2010.. diharap kenangan manis pada tahun 2009 sentiasa tersemat di jiwa.. manakala kenangan pahitnya di jadikan pengajaran dan sempadan utk tahun 2010... sepanjang tahun 2009 memperlihatkan pelbagai suka duka kepada setiap individu di seantero dunia.. namun begitu, apa yang aku ingin fokuskan bukan berkenaan dengan kenangan silam 2009, mahupun azam tahun 2010...

Sesuai dengan tajuk utama yg aku tonjolkan diatas, mungkin segelintir individu sudah dapat meramal isi sebenar catitan di tahun baru ini... Sejak akhir-akhir ini gula menjadi isu yang sangat hangat di akhir tahun.. namun, seakan-akan tenggelam kerana orang ramai mula ghairah menyambut krismas dan tahun baru, selain sibuk berbelanja utntuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan beberapa hari lagi...

Mungkin ada sesetengah individu yg tahu bahawa,bermula 01.01.10 harga gula akan meningkat sebanyak 20 sen di sabah dan sarawak. Kenaikan kadar harga gula ini menimbulkan pelbagai reaksi setempat.Walaubagaimanapun pelbagai pendapat pro & kontra terhadap isu ini. boleh kita analisis bersama. Sesetengah peniaga yang di temubual oleh pemberita sebentar td (TV1) mengatakan bahawa kenaikan ini tidak berapa menjejaskan pendaptan mereka, asalkan bekalan gula sentiasa ada.. pihak kerajaan pula mendakwa bahawa kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga gula di pasaran dunia.. adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?... bagi mereka yang berpendapatan rendah mungkin sangat tidak bersetuju keatas kenaikan ini, kerana kenaikan gula walaupun 10 sen akan menyebabkan kuasa beli mereka menurun..

Sekiranya kita tinjau dari sudut ekonomi pula, kenaikan harga gula ini sudah pasti memaksa kenaikan keatas barang-barang yang berasaskan gula. Contohnya minuman panas dan sejuk di kedai makan.. Mungkin hari ini kita tidak nampak kesannya.. kita tunggu beberapa waktu lagi.. kita cuba bandingkan harganya sewaktu ia bertarikh 31/12/2009 dengan harganya ketika itu (selepas kenaikan)... Pasti ada perbezaan yang sangat ketara. Seolah-olah tidak sejajar dengan kenaikan gula sebanyak 20 sen.

Justeru, sebagai insan biasa, kita tidak perlu mencari sebarang alasan untuk melepaskan diri. dan menyalahkan orang lain. Walaupun hakikatnya kita sebagai pengguna pasti akan terbeban. Oleh itu, sebagai renungan cuba kita mencari hikmah disebalik kejadian (kenaikan) ini.Sekiranya kita berfikiran positif, mungkin ada kebaikannya juga.Misalnya, dengan kenaikan harga gula ini, ianya memungkinkan pengambilan gula yang sedikit dalam makanan. Bila kurang mengambil gula, maka makin berkurang la individu yang dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh gula. (contohnya Diabetis)... hehehehe..

Konklusinya, sebagai pengguna yang rasional, tidak salah untuk kita melatah disebabkan isu ini. Ini kerana kita sebagai pengguna seharusnya peka terhadap hak setiap inidividu. Walaubagaimanapun sekiranya isu ini terpaksa kita hadapi, kita kena berdepan dengan kenyataan dan mencari hikmah disebalik semua kekalutan. Jangan asyik menunding jari kerarah orang lain. Hadapi semua ini dengan tenang dan Sabar. Oleh itu, kita fikir-fikirkan dan renungi..

II salam tahun baru 2010 II

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Have a good tym..

Related Posts with Thumbnails