Good Bye 2009, Welcome 2010!!


Detik-detik sblm memasuki tahun baru.. Apakah anda sudah mencapai apa yang anda hajati pada tahun 2009.. Apa kah azam baru anda untuk tahun 2010.? sekiranya ada orang yang mengutarakan apa azam aku untuk tahun 2010, aku pasti akan berkata harap tahun 2010 akan membawa perubahan yang positif baerbanding tahun 2009.. hehehe.. sebenarnya, ayat tu adalah jawapan selamat yang aku beri.. sebab aku sebenarnya tidak menetapkan matlamat yang khusus untuk di capai.. Bukan apa, kemungkinan besar ramai orang akan setuju jika aku berkata bahawa, lebih baik kita meneruskan perjalanan hidup kita tanpa memberikan apa-apa target..kerana pasti target tersebut akan tercapai atau tersasar... kalu tercapai Alhamdulillah.. tapi kalu tersasar.....????... Justeru itu, bagi aku bila ada sesuatu hal,kerja atau apa-apa yang berlaku baru aku akan letakkan target... Bila ada masalah aku akan hadapinya dengan tenang.. dan cuba selesaikannya satu persatu sehingga selesai...

Konklusinya, aku tetap akan menetapkan Target atau sasaran dalam apa perkara pun yg akan dilakukan.. tetapi sasaran tersebut buka khusus utk setahun. Tetapi lebih kepada sasaran semasa.. kerana sepanjang perjalanan kita pada tahun 2010 pasti akan menghadapai pelbagai suka duka dan perjalanan yang tidak terduga. Justeru, bila ada sesuatu yang berlaku, maka baru la kita menetapkan target... Oleh itu, Kita tutup lembaran 2009 yang bakal berlabuh sedikit waktu lae, dan kita buka buku baru untuk tahun 2010 dengan seribu kemanisan... -Amin-

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Have a good tym..

Related Posts with Thumbnails