Good Bye 2009, Welcome 2010!!


Detik-detik sblm memasuki tahun baru.. Apakah anda sudah mencapai apa yang anda hajati pada tahun 2009.. Apa kah azam baru anda untuk tahun 2010.? sekiranya ada orang yang mengutarakan apa azam aku untuk tahun 2010, aku pasti akan berkata harap tahun 2010 akan membawa perubahan yang positif baerbanding tahun 2009.. hehehe.. sebenarnya, ayat tu adalah jawapan selamat yang aku beri.. sebab aku sebenarnya tidak menetapkan matlamat yang khusus untuk di capai.. Bukan apa, kemungkinan besar ramai orang akan setuju jika aku berkata bahawa, lebih baik kita meneruskan perjalanan hidup kita tanpa memberikan apa-apa target..kerana pasti target tersebut akan tercapai atau tersasar... kalu tercapai Alhamdulillah.. tapi kalu tersasar.....????... Justeru itu, bagi aku bila ada sesuatu hal,kerja atau apa-apa yang berlaku baru aku akan letakkan target... Bila ada masalah aku akan hadapinya dengan tenang.. dan cuba selesaikannya satu persatu sehingga selesai...

Konklusinya, aku tetap akan menetapkan Target atau sasaran dalam apa perkara pun yg akan dilakukan.. tetapi sasaran tersebut buka khusus utk setahun. Tetapi lebih kepada sasaran semasa.. kerana sepanjang perjalanan kita pada tahun 2010 pasti akan menghadapai pelbagai suka duka dan perjalanan yang tidak terduga. Justeru, bila ada sesuatu yang berlaku, maka baru la kita menetapkan target... Oleh itu, Kita tutup lembaran 2009 yang bakal berlabuh sedikit waktu lae, dan kita buka buku baru untuk tahun 2010 dengan seribu kemanisan... -Amin-

Category:   Leave a Comment
Sedikit Catatan Sepanjang Dec 2009

Salam Satu Malaysia buat pengunjung blog aku.. mcm sdh terlalu lama blog ni di biarkan tanpa sebarang sentuhan daripadaku.. Aku selalu jgk mejenguk blog ini.. Namun, seperti malas plak mo mengupdated.. Bukan apa, Bila nak upload gambar tu, lama betul mo selesai... Tunggu punya tunggu, last2 cancel.. he3...

Mana mo mula ar....

Owh ya.. start dari Cuti Skool la.. tym SPM tu aku menjaga di Sekolah Agama Tun Datu Mustapha menggantikan sementara Coach Sudirman..Aku menjaga exam dkt sana selama seminggu.Best owh skool dkt sana. Tenang jak jiwa..Paling aku respect, student ngan Guru-gurunya terutama Pengetuanya.. Pelajar2 dkt sana sungguh hormat dengan guru (guru sekolah sana @ Bukan). . Beza sungguh dengan sekolah sekitar bandar.. Alangkah indahnya jika pelajar seperti itu berada di sekolah sekitar bandar, penuh dengan sopan santun dan mengutamakan kejayaan diri.. walaupun aku lihat sekolah itu serba kekurangan dari segi fizikal sekolah... Manakala Pengetuanya amat peramah dengan para pelajar.. seperti ayah dan anak2..
Bytw, aku ucapkan selamat berjaya kepada para pelajar SPM sek. men. Agama Tun Datu Mustapha dan selamat Maju Jaya...

Kemudian bermula la aktiviti ku sebagai pengganggur sementara... he3

Mujur Pengurus pasukan hoki West Coast memanggil ku untuk join latihan Hoki bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Presiden 2009.. Kiranya pertandingan terakhir musim 2009 la.. hahahaha... selama beberapa hari kami berlatih akhirnya pada 17hb bermula kejohanan tersebut.. Kami memulakan Kampen dengan menang bergaya 7-1 menentang Tembadau Divisyen 1 (Angkatan Tentera Darat) sebelah pagi dan menetang Sandakan di sebelah petang (menang 3-0). Hari kedua Kami menentang Royal Merlin (Angkatan Tentera Laut) di sebelah petang. Petang tu permainan terpaksa di tamatkan awal kerana cuaca kurang memuaskan dengan West Cost Memenangi perlawanan dengan jaringan 5-1.. Hari ketiga kejohanan menyaksikan kami membelasah PBU dengan jaringan 12-0.. Kejayaan tersebut memastikan kami layak ke peringkat Akhir dan pasukan yang menanti kami ialah pasukan Tembadau Div 1 yang sudah kami tewaskan diperingkat awal.. 20hb December 2009, merupakan titik paling bersejarah ku dalam Kejohanan piala presiden Sabah, kerana buat pertama kalinya aku memenangi pingat Emas sekaligus menobatkan pasukanku Johan Kejohanan Hoki Piala Presiden edisi 2009.. Ini kerana sebelum ini aku mewakili pasukan Hoki UMS, selama (4 tahun berturut-turut) dan kejayaan paling tinggi yang mampu dicapai hanya menjadi Naib Johan.. Oleh Itu, Tahniah Buat Pasukan Hoki West Coast dibawah pimpinan Coach Jumat (selaku Jurulatih), Abg Sukur & Pn Levie (Pengurus dan Pen. Pengurus pasukan) .. Selamat Maju Jaya.. MajuLah Sukan Untuk Negara.

Keratan Akhbar New Sabah Times 24 December 2009

Pasukan "Hockey West Coast" Bersama Jurulatih & Pengurus


Category:   Leave a Comment
Tahniah Ko-Perkhidmatan Kem Waja 2009

Kem Waja Perdana Maktab Sabah : 6-8 November 2009. Tahniah buat ko-perkhidmatan Maktab Sabah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan Quarter Master (Tingkatan 6) Maktab Sabah.. Sememangnya sumbangan anda semua amat cemerlang, dalam menjayakan Kem ini.. Buat ko-perkhidmatan yang akan menghadapi Peperiksaan SPM & STPM sy doakan agar kamu semua akan berjaya dengan Cemerlang. Teruskan utk menjadi seorg insan yang berjaya dan gemilang di masa akan datang.. InsyAllah.

Senarai Nama Ko perkhidmatan yang terlibat.
Nelvenson, Sheldon, Mohd Farezuan, Azuriani, Suzainie, Jenny, Dewina, Fedilia, Claire
(Quarter Master)
Hadzley, Marlon, Afif, Herman, Larry, Faidzal, Fadili, Murtty, Donald, Norsyazwani, Feoney, Siti Aminah, Karenly, Azhiim, Abraham

Tahniah Pasukan Hoki Maktab Sabah!!!


31 Okt - 1 Nov 2009, Maktab Sabah telah menghantar 4 pasukan hoki ke kejohanan Terbuka & Jemputan Sains Sukan yang bertempat di UMS. Maktab Sabah berjaya mendapat tempat ke-4 (kategori Lelaki). Walaubagaimanapun, tahniah buat pasukan junior Maktab Sabah (Lelaki & Perempuan) diatas peningkatan mendadak pasukan.. terutama pasukan hoki lelaki Maktab Sabah. Pasukan tersebut dibarisi pemain2 tingkatan 1,2 dan seorg pemain tingkatan 3 & 4. Semangat bersaing yg jitu telah membuahkan hasil yg sangat menakjubkan.. mereka berjaya mengikat 3 pasukan gergasi (bleh kira gergasi la-penilaian berdasarkan umur & pengalaman) dengan keputusan seri 0-0 (UMS1,Pelajar Sains Sukan UMS, dan SMK Likas)...he3..
Well done guys u all did a realy fantastic Job!!

Category:   Leave a Comment
Kejohanan Hoki Terbuka & Jemputan Sains Sukan UMS

Kepada semua pemain Hoki Maktab Sabah (Lelaki & Perempuan)

Tarikh Kejohanan : 31 Okt 2009 dan 1 Nov 2009

Masa : 0700 pagi
* Pelajar yang ingin mengikuti bas perlu berada sebelum jam 6:25 Pagi di perkaarangan sekolah
Bas akan Bertolak pada Jam 6:30 pagi

Tempat : Astroturf UMS

(Makanan peserta tidak disediakan)
Standby Duit sendiri untuk makanan
Terima Kasih

Category:   Leave a Comment

Laguku - Ungu

Mungkinkah kau tahu
rasa cinta yang kini membara
dan masih tersimpan
dalam lubuk jiwa

ingin kunyatakan
lewat kata yang mesra untukmu
namun ku tak kuasa
untuk melakukannya

reff: mungkin hanya lewat lagu ini
akan kunyatakan rasa
cintaku padamu rinduku padamu
tak bertepi

mungkin hanya sebuah lagu ini
yang selalu akan kunyanyikan
sebagai tanda betapa aku
inginkan kamu

Category:   Leave a Comment
Aku, Dia & Dirimu

Lama sdh rasanya aku ndak post sesuatu dlm blog nie.. Semenjak advanced guna FB nie,blog pun terabai sedikit..hahahaha.. Ni kali aku mo post pasal Cinta,Sayang & Benci..he3.. Ni adalah hasil tinjauan aku selama beberapa tahun.. mcm syok jgk la berbicara pasal benda ni.. mungkin ramai pernah mengalami nya.. di sini aku mo bagi sedikit tips bgaimana mo mengatasinya...

step pertama: Bila kita mula berkenalan dgn org. Hari demi hari kita semakin mengenalinya. Semakin rapat kita dan dia, maka semakin sayang kita terhadap dirinya (bleh jadi syg sebagai kawan,teman,sahabat,abg,kak,adik,kekasih [kalu telebih tu apaleh buat la...stacy bilang "TeLabih Sudah"] etc tidak lebih drpd itu, ) he3...

step ke-2: Bila kita semakin rapat, kita akan semakin memerlukan perhatiannya.. Sampai tahap ini perasaan cemburu mula merajai diri. Kenapa cemburu? sbb kita rasakan dia spt kurang mmberikan perhatian (atau ringkasnya, ada org len yg telah merebut tempat anda)kih2..kita akan berasa sangat sakit hati jika ada org len berjaya menewaskan anda & seterusnya merebut tempt anda. Atau pun org lain sering berckp pasal dirinya di dpn anda. (betul atau tidak?kihkih)

step ke-3: Apabila dia melakukan sedikit kesalahan kecik. Ctcnya kamu SMS dia.Tetapi dia x membalasnya..then, bila kamu tertembung dgn dia, dalam masa yg sama dia bleh plak mereply msg dkt org len.. sure, dalam hati kamu pasti terdetik "knapa td aku msg dia tidak reply, ingatkan x kdt, rupanya bleh plak sms org len".... argh.. tahap ini mesti kamu rasa sakitnya hati (tahap GABAN) sampi bisa menusuk di kalbu.. mula timbul perasaan benci..he3... Mula la berfikir "wajib ka aku menjauhinya, demi kebahagiaannya"...

Justeru, step2 di awal perkenalan sehingga kebencian timbul memerlukan satu bentuk penyelesaian yg efektif..ini kerana jika dibiarkan kemungkinan besar hubngan td pasti akan terputus.. . Oleh itu, jalan penyelesaian yg pling efisien ialah:

1. ingatlah sebelum anda berkenalan dgn dia, anda perlu fikirkan bahawa anda merupakan org yg telah merebut dia drpd temannya sebelum ini.(means: kamu adalah org yg merebut perhatiannya drpd org len (teman/sahabat/kwn etc)... yg bakal berlaku dalam step 2 (spt yg dihuraikan td).

2. Ingatlah bahawa setiap manusia yg wujud di muka bumi ini ada hak utk menyayangi dan disygi oleh org len.. spt mana anda menyginya dia, dia pun berhak utk dsygi oleh org len. So, tidak bleh mementingkan diri sendiri. kamu juga ingin kan org len meygi kamu.. knapa anda tidak bleh memberikan situasi yg sama terhadapnya..

3. Pastikan anda berbaik sangka dgn org len. bagi kes 3 td (step ke-3) dia tdk dpt sms, mayB kdtnya habis dat tym.. kebetulan smasa bertembng td, beliau sdhpun mengisinya.. huhu... jgn sekali2 buruk sangka dgn org len...

Kesimpulannya: setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya... bgaiamana pertemuan tercipta begitulah perpisahan akan berlaku (tetap akan berlaku walaupun dlm keadaan berbeza).. bila perpisahan berlaku, jgn salahkan pertemuan kerana tanpa pertemuan, maka tidak terciptanya kasih sayg. Mungkin perpisahan tersebut amat menyakitkan bg sesetengah insan, tetapi anda perlu sedar, bahawa jgn kerana satu pintu tertutup, anda terus menutup pintu yg lain.. kerana pintu yg indah kemungkinan besar sdng menanti anda.


- Yakin la dgn ketentuan ilahi - -InsyAllah-

Ralat!!

Skang aku serba salah plak pasal post hari 2.. sepatutnya aku siasat betul2 kesahihan cerita tersebut. Gara2 post tersebut, menyebabkan ada hati yg terguris.. Cikgu minta maaf byk2 kepada beliau. MayB hari tu cikgu terlalu mengikut perasaan.. So Sorry, erm.. cikgu akan tetap doakan kejayaan anak murid cikgu walau apapun yg terjadi.. then, semua ilmu yg cikgu berikan akan cikgu halalkan dunia dan akhirat..jgn risau.. cuma cikgu harap selepas ini tidak ada lae perkara yg boleh menimbulkan kontrovesi.. he3.. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan...

Minggu EXAM di Maktab


Esok.. minggu exam akan bermula.. start dr form 1-4 ngan PRAU1. Form 3 di dewan, buat aktiviti selepas PMR. Manakala form 5 ngan Upper 6 ulangkaji..he3...MayB kurang sedikit la kerja esok ni..Relief mengkali byk.. huhu.. nywy selamat menduduki peperiksaan. Buat yang terbaik.. STUDY SMART...

Category:   Leave a Comment
Gambar Studio!!


16 Okt 2009, Pagi-petng tidak ada aktiviti yg menarik. Malamnya aku ngan family p bergambar STUDIO. Fuh!! syok plak. First tym aku rasa sgt gembira bergambar bersama jubah. Sebelum ni biasa-biasa jak. MayB sbb aku nampak gambar tym naik pentas kot (Gambar tym ambil degree hari 2).. Macam SMART.. wakakaka...

Ambil Kesempatan Daripada Kesempitan!!

Pernah kah anda baik kpd sesorg @ Seseorg baik kpd anda?? kekdg pekara tersebut boleh memakn diri kita sendiri tanpa anda sedari..kita baik bukan kerana kita suka dkt dia.tapi kita suka utk membantu org.. Org ckp, bagus dgn org salah, tak bagus dgn org pun salah.. Bila kita kurang baik dgn org, org cakap sombong, tapi kalu terlampau baik dgn org, mula la keluar cerita yg bukan2.. dunia2.. dunia2.. Sampai bila kah situasi ini akan berakhir.. Bukan utk mempertikaikan kenyataan tersebut.tetapi itu la hakikatnya.. Jika org yg tidak dapt menerimnya pasti sudah melenting.. Mengamuk sana, mengamuk sini.. macam2 lae la.. Tapi pdpt aku, org yg terkena perlu bersabar dan jgn melenting.. Walaupun, adakalanya sakit hati jgk.. sbb kita membantu org, tetapi dia membantu kita utk dijatuhkan.. macam "pagar makan padi" la.. aiyah... Justeru, bagi insan bergelar manusia, anda perlu berhati2 membantu org. Jgn terlalu baik dgn org.

Situasi lain plak, bila kita memandu dalam perjalanan ( d jalan raya la), hari malam, pastu ada org menahan kereta apa tindakan anda.. Sama ada anda berhenti utk membantu atau biarkan sahaja...? sekiranya kita membantu dan berhenti. Tetapi dalam masa yg sama kawan dia dtg membantu utk merompak kita..ndak ka nyaya tu? kebaikan yg kita beri telah di salahgunakan oleh org lain..atau dalam kata-kata yg lebih dramatik org mengambil kesempatan daripda kebaikan kita, walhal niat kita baik, suci dan murni (wakakaka)..

Moral Of the story: Jgn Tolong Org Sembarangan. Walaupun nyawa dia tinggal nyawa2 ikan sdh.. Biarlah kita di Cop Sombong drpd kita diumpat/dijahanamkan.. (wakakakakakakakaka)

GooD Day!!


Today, ada sedikit la keceriaan.Walaupun, sepanjang hari ni aku rasa mcm penat sgt.. Haha2.. Tommorow ada majlis hari raya bersama pelajar tingkatan 3.. Memandangkan aku sebagai Guru kelas sementara tingkatan 3 Kerjasama, so aku harap esok berjalan seperti biasa.. Last minute jgk bincang dgn budak2 tu. Kesian jgk aku tgk, memandangkan hanya 12 org saja yg turut serta dlm perbincangan 2.(yg len entah kemana) huhu2.. erm.. paham-paham aja la kalu habis PMR sudah. Kemalasan mula menyelubungi diri.. wakakaka.... Aku harap studnt2 PMR kali ini berjaya dengan amat Cemerlang sekali. Khususnya subjek Sejarah (Bab aku sempat mengajar sedikit tentang subjek sejarah utk kelas 3 Kerjasama, 3 Tertib dan 3 Sejahtera) Kesimpulan yg aku dpti dripda pemantauan kelas2 ini:

" Pelajar2 ini mmerlukan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif. PNP yang biasa tidak mendorong mereka utk terus mencintai subjek sejarah. Justeru, perlunya seorg guru yang mampu membawa pelajar2 tersebut melangkaui tahap keterbukaan mereka. Minat tidak akan datang sendiri, ianya memerlukan suntikan yang mampu mengujakan mereka.. Bak kata pepatah melayu hendak seribu daya, taknak seribu dalih"

The BORING Day!!

Hari ni teda yg menarik.. Bosan!! Bosan!! Bosan!!... Balik dr skool aku p Likas. P membuannnng Masa.. Balik rumah dalam jam 6ptg..he3.. Dun Know knapa this week aku rasa macam tidak sedap Badan..perasaan Marah/memberontak/geram/boring/bosan (maacam2 ada).. I need some Rest.. Kalu Boleh tidur utk seminggu, sebulan atau setahun.Best Juga.. Ndak Payah Bangun, Otak Kosong & Tenang ...


Kelmarin terima sijil pun no felling. Ac2ally org yg gred biasanya excited utk naik pentas.. aku mcm biasa. Tiada apa yg boleh menguja kan ku... MayB terlampau byk berfikir kot..Huuhu3... MayB aku jenis Happy Go Lucky (dulu tym d U), terlalu byk aktiviti yg dilakukan.. Tiap minggu mesti ada aktiviti@keluar..Urus aktiviti,Main Pool wif my fren,Karaoke,Main Boling,main Hoki etc (miss a lot about that)..Paling best tym picniC dgn kawan di Ranau, Sempat lae p tmpt ikan makan tisu kaki, then BBQ di Poring...Huhu3... Tiada tekaanaaaaan.. Tapi sejak mengajar ni, mcm2 perasaan terhasil (jiwa kemaruk) hahaha3.. Macam mo lari dr bidang pendidikan.. (tapi tia bulih, sebab contract dgn kerajaan negeri).. I need Some Motivation 2 make me Strong (Huhu2 tapi kalu bagi nasihat punya la hebat..hahaha3)..

Mengkali, apa yg membuatkan aku jd begini sbb memikirkan masa hadapan.. I already setting my flow.. Dalam 3 years ni aku memasang impian utk dapt Master (MayB Angan2 Mat Jenin jak) .. Pastu keluar dr bidang pendidikan sekolah Menengah, go to college/University (Harap2 terjadi) atau running Business.. Tapi macam Sayang jgk, sebab aku kena tinggalkan impian utk menjadi Coach.. then, aku kena lupakan utk membentuk anak bangsa di peringkat bawah menjadi manusia yg sempurna dan berpendidikan.. Justeru, perlunya sesuatu suntikan utk membolehkan aku terus mencintai bidang pendidikan yg telah aku pilih ini..

Cegu Rashid Post Hari tu pasal Bunga mawar. Dia ckp Bagaimana utk mengembirakan hati kita.. Good la post dia.

"Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun ada kalanya diri dan hati kita sedang bergolak dengan pelbagai persoalan." petikan kata-katanya...

Ayat ini ada kebenarannya. so, i just follow it. Manatau ianya mampu menjadikan kita ceria & Bersemangat.. Haha2.kekadng bila aku baca post-post lain dari cgu Rashid adaklanya mampu membuat kan aku lebih bersemangat..ha2.. Beliau Memang Guru yang Penuh dengan MOTIVASI.. Thanks a lot MY GREAT TEACHER.. Harap2 esok ada sinar kegembiraan!!! AMIN...

Majlis Konvokesyen UMS 2009

Today.. 12 Oct 2009.... Hari yang paling bersejarah dalam hidupku.Pejam celik 2X.. Akhirnya berjaya juga aku menempatkan diri dalam kelompok pemegang ijazah Sarjana Muda (Degree).. Yg Specialnya.. Penat lelah selama 4 Tahun akhirnya dibalas dgn segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi dengan Kepujian (Ed. Hons).. Huhu..
"SeBahaGian Course MateKu"

Buat Teman-teman seperjuanganku.. Bulatkan tekad, tanam iltizam untuk melihat anak didik kita menggoncangkan dunia suatu hari nanti.. Guru Ibarat lilin.. Biarlah habis terbakar asalkan org lain mendpt cahyanya.. Murid2 yang Cemerlang bermula daripada Guru yang Gemilang.. InsyAllah.. Teruskan Perjuangan Anda, Sabar dalam menempuhi segala Cubaan dan Ujian drpd Tuhan, Sekiranya anda ingin melihat Anak Didik Kita menjadi Manusia Yang Sempurna.-AMIN-

Aktiviti Di Hujung Minggu....

kelmarin.. penat gila aku satu hari.ada 4 aktiviti yang dilakukan.. Bangun pagi seawal jam 5 setengah (seperti biasa).. siap2.. dalam jam 7 pagi.. Pagi tu ada Program Sejahtera di Maktab Sabah plus program Hari Raya Aidilfitri.. Tugasku sebagai Jawatankuasa Pameran..


Pertunjukan Amal.. Kih2 (Menk, Acap , Husnul)

Dont Try This at Home.. (Rozaini, Me, Afif)

Pastu P Rumah Terbuka Asrama.. For da first tym jejak kaki semula di Asrama Maktab Sabah yang sudah lama aku tinggalkan.. He3.. Rindu Plak tym zaman muda2 dulu.. Teringat kisah2 dahulu.. Wakakaka. Kalu mo Ulas satu2 mesti ndak habis 4 hari 3 malam. Aku p dgn Budak2 PRAU1 (Acap,menk,husnul,crystal,ngan Rozaini).. Apa2 pun Thanks buat Tuan Rumah Asrama di atas jemputan sempena Rumah Terbuka Asrama.. (Ust. Radzi,Abg Yus,Kak Masyitah,En. Ibrahim, Metron, serta Pelajar2 asrama 2009)

Habis Jak kami dari Rumah Terbuka Asrama.. Terus Jalan2 P UMS (mo p tgk gerai2 yang ada potensi utk di buat bisnes kunun) he3.. ndak jugak lama kami dkt sana.. then P Merayau D OneB.. Haha3.. Sempat Lae kami bergambar di OneB.. Saja jak Realese tension (utk aku jak la.. penat bha kerja sepanjang minggu dari hari Isnin sampai hari sabtu..bleh jadi gyla erh..).. Thanks buat stdnt PRAU1 yg Join Sekaki dgn aku ke UMS n 1B.. (Org yg sama jugk tym p open house asrama).. Thank you very2222 much guys.. Your Rock!!!

Macam Artist (hehe3).. Tapi Bleh Buat Cover Album

Model Nike (Huhu3) Posing Boss..
Erm Ac2ly Byk Jgk Gambar Yg Kami Ambik.. Tapi ini Jak Yg Bisa di Upload..
Wakakaka.... To Be Continued...................

Risiko!!

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda BAHAGIA, maka teruskan.
Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin TIADA lagi peluang kedua.

SelamaT Pengantin Baru!!


"Rosneh & Suaminya"


Menanti.. Pinggan & Cawan Utk Di Cuci

Tanda "LoveZ" by Pengantin.. He3



Selamat Pengantin Baru Buat My 1st Cousin ngan Suaminya.. Semoga Bahagia dan kekal ke akhir hayat.. Amin...

Rosneh Bte Hassan & Mohd Noh Bin Jirim
Tarikh : 02 & 03 Oktober 2009
Tempat : Kg Kuala Balik, Beaufort

Pertemuan & Perpisahan

"Usah Tangisi akan Perpisahan, sebaliknya tangisi pertemuan.
Tanpa Pertemuan maka tiadalah perpisahan"

Latihan Hoki Pasukan Maktab Sabah

Latihan Hoki Pasukan Hoki Maktab Sabah
Hari : Isnin & Rabu
Sasaran : Tingkatan 1,2 dan 4

Bagi yang terpilih (tingkatan 1,2 dan 4) diharap dapat memberikan komitmen bagi memastikan Pasukan Hoki Maktab Sabah Kekal sebagai antara pasukan Hoki yang digeruni.. Insyallah...

Category:   Leave a Comment
Malang Tidak Berbau!!


Hari ini Malang Sedikit La dekat aku..men badminton kunun di skool.. Tapi ndak warm-up dulu.. pastu kaki terseliuh.. Fuh Bengkak.. sekali p Queen untuk P Cheak.. Doktor Cakap tisu kaki ada koyak.. pastu retak sedikit tulang..he3..nywy Still Boleh bawa motor la..Kih.. Tapi ndak boleh terlampau banyak pergerakan.. So, terpaksa la aku berehat sebulan dari sebarang aktiviti sukan.. Huhuu.. MORAL OF THE STORY: Warm Up Sebelum menjalankan aktiviti Sukan.. He3

Category:   Leave a Comment
Hari InI & Esok

Esok sudah tidak boleh MENGUBAH apa yang berlaku HARI INI,
Tetapi

HARI INI masih boleh MENGUB
AH apa yang akan terjadi pada hari Esok

"Jangan Terlalu Baik, Saya akan Merindui awak" - Petikan dari http://kerdipanbintang.blogspot.com

Ini adalah Catatan daripada blog Cikgu Rashid yang saya Copy Paste He3..(minta maaf cikgu sebab ambik tanpa gitau terlebih dahulu)... actually saya tertarik dgn artikel ini.. so..marila kita renung-renungkan...

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Pencipta Kartun Crayon Shin-chan Meninggal!!



Bila aku baca news Paper hari ini (23 september 2009), baru aku sedar bahawa pencipta siri kartun yang sangat digilai budak2 di Malaysia (bahkan turut diminati oleh bapa2 budak dan sewaktu dengannya "he3he3") sudah di sahkan meninggal. Menurut Berita (skemanya): Mayat lelaki yg ditemui di kaw. pergunungan di Utara Tokyo disahkan sebagai Usui (Ni namanya) 51 tahun. Beliau di laporkan hilang pd 11 sept selepas dia mendaki gunung Arafune..

Buku kartun Shin-chan sudah dijual sebyk 50 juta naskah di Jepun dan turut di siarkan di 30 buah negara. akan tetapi, PIBG di Jepun menyenaraikan kartun ini sebagai penerbitan yg perlu dijauhkan drpd pemandangan kanak2 (tau2 la sendirikan)..he3... Namun, baru2 ini kartun ini digunakan utk tujuan pembelajaran di sekolah (bukan di Malaysia)

Category:   Leave a Comment
Ketawa & Menangis

"Adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk
KETAWA

&
adakalanya kita perlu KETAWA
agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."

Kotobian Tadau Raya (",)


Selamat Berhari Raya Buat Umat Islam di seluruh Dunia UMUMnya..
Maaf Zahir & Batin
(",)

Category:   Leave a Comment
Tahniah!! PRAU1 (Sabah College) 2009

Congrates!! PRAU1 batch 2009.. all of U did a great performance last day (17 September 2009).. i never expected that wonderful performance.. Thanks for the cooperation to make sure the "2009 Sabah College Independent Ceremony" succeed..





PRAU1 Student: Asrafrushdy (Leader) ,Dyana Omar, Mohd Husnul Muqsit, Khairul Afif Yahya, Azuriani, Siti Rasna Sierra Rasmat, Dayang Zaiyarina Tarpah Bte Mohd Yaakub, Megavani M. K, Khairi Abd Kadir, Azie Zaleha, Azel Glean, Fedelia, Mohd Shahmi, Rani Tasman, Sheldon Elev, Suzainie, Abd Hadi Aspar, Crystal Sunshine, Nicole J, Azmil, Dewina, Wan Sri, Nor Hanisah, Dg. Siti, Lawrina, Safiqah, Jill, Rozaini, Jeremiah, Claire, Vicky, Kessnia (student were involved)

Category:   1 Comment
Majlis Penutupan Kemerdekaan Maktab Sabah


Buat pengetahuan warga Maktab Sabah. Maktab Sabah akan mengadakan Majlis Penutupan kemerdekaan pada 17 September 2009 (Khamis).. Tapi yang paling memeningkan Kepala Hotak aku ini.. Pada Majlis 2 ada satu Drama atau sketsa yang berbentuk muzikal/puisi n Syair.. So, orang yang bertanggungjawab untuk memantau projek ini adalah AKU.. wahahaha.. Mati la...

but, nway... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke-52 (2009)

Category:   Leave a Comment
Satu Malaysia By Faizal Tahir

Akhirnya teka-teki peraduan mencipta lagu satu Malaysia telah diketahui.. Juaranya Audi Mok dan Lirik oleh Nur Fatima dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Tahniah diucapkan!!!

Category:   Leave a Comment
L.0.V.E a.k.a C.I.N.T.A


“Perkara terbaik yang patut Anda pelajari adalah dengan
MENCINTAI & DICINTAI
.
Cinta membuat Anda bersemangat memperbaiki hidup

- Ewan McGregor-

Makan Malam Tingkatan 1 Makmur


21 ogos 2009, bertempat di Cempaka Ballroom, Hyatt Hotel. Tingkatan 1 Makmur telah mengadakan majlis Makan malam.. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar 1 makmur kerana berjaya menganjurkan majlis yang gilang-gemilang.. Tetamu yang hadir terdiri daripada Pn Fatimah Sahara (YDP PIBG), Pn Hajah Nuinda Hj. Alias (Pengetua Maktab Sabah), Pn Samsiah Al-Malek (PKP), En. Hasrul Jideh (Guru Kelas sementara I Makmur), Pn. Farhana, En. Hilary, Cik Surilla stimol, Pn Jeany, Cik Lai, En. Desmond dll... Sekalung Terima Kasih juga buat pelajar2 tingkatan 1 Makmur kerana memberikan komitmen dan sokongan terhadap majlis tersebut.. anyway thanks juga kerana memberikan peluang kepada cikgu untuk menjadi sebahagian daripada kelas anda.. he3...

Category:   Leave a Comment
Premier Cup kebangsaan 2009, Pahang

For the first tym, aku tidak teruja untuk buat report pasal premier cup kebangsaan yang berakhir pada 12hb Ogos 2009.. Kami turun sebagai pasukan bawahan. Diletakan satu group dengan pasukan hoki sultan sulaiman Terengganu, Setapak High School dan Penang Free School.. Rata2 level pemain Sabah dengan Pasukan dari semenanjung sangat Jauh. Macam Pasukan England dengan Malaysia.. Bayangkan sahaja perbandingan antara pemain pasukan dari setapak High School, pemain MS yang bermain untuk pasukan negeri boleh dibilang dengan jari.. Manakala pasukan Setapak ada 6 orang yang sudah mewakili MALAYSIA.. So, No comment about Level.. Ada jurulatih yang menyatakan bahawa, sesebuah pasukan tidak akan boleh mencabar pasukan lain hanya dengan latihan. Maksudnya di sini, perlunya perlawanan demi perlawanan untuk mematangkan pemain. Latihan hanya boleh dilakukan untuk memperbaiki basic skill.. Tapi untuk menjadikan seorang pemain itu menjadi lebih hebat ialah perlawanan (friendly match atau tournement).. So, moral of the story..... pandai2 lah conclude..he3..
P/S: Setiap kejayaan tidak akan terhasil tanpa USAHA & KOMITMEN

Category:   Leave a Comment
Welcome To PAHANG!!

Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2009
Tarikh : 07 - 12 Ogos 2009
Tempat : Kuantan Pahang
Tarikh dan masa Bertolak ke KLIA (Kuala Lumpur) dari KKIA (sabah)
07 August 2009 (Jumaat)
Jam 07:30 pagi (mesti berada di KKIA)
Penerbangan menggunakan MAS
Pakaian: Baju Hijau (sponser) + tracksuit

Category:   Leave a Comment
ARSHAVIN'S Impossible Goal!!!

Sabtu 1/08/2009, Perlawanan persahabatan antara Arsenal VS Atletico Madrid berkesudahan 2-1.. First half ndak banyak berubah..masing-masing berbalas serangan.. Namun Begitu, titik2 kebangkitan mula menyerlah apabila pada minit ke-66. Arsene Wanger memasukan ARSHAVIIN, Febregas dan Eduardo menggantikan Van persie,Bedtner dan Ramsey yang dilihat seakan kurang memberikan ancaman kepada kubu Atletico.. Pada minit 86' ARSHAVIN Meladakan gol pembukaan sebelum disamakan oleh atletico. Pada minit-minit terakhir (minit ke-90') ARSHAVIN sekali lagi membuatkan pasukan Tuan Rumah bersorak riang apabila menyumbat gol kedua seterusnya menyaksikan Arsenal menang 2-1....



P/S: Konklusinya : ARSHAVIN Memang POWER.. Penggempur paling berbisa selain TORRES dan RONNEY..He3

Category:   Leave a Comment
KAWAN VS LAWAN

Sewaktu anda di hempas KEGAGALAN, KEJATUHAN....
Saat anda di landa KEMURUNGAN, KESEDIHAN atau
Seperti anda merasakan tidak ada lae keindahan dunia dan HILANG Segalanya...
Seseorang yang bersama anda ......... TEMAN SEJATI anda
Sewaktu anda berada di puncak KEJAYAAN..
Saat anda mencapai KEKAYAAN atau
Merasakan seperti dunia ini MILIK anda
Seseorang yang bersama anda ........... bukanlah teman sejati anda..
Ia MENGINGINKAN sesuatu daripada anda..
"MUSUH Terbesar manusia adalah DIRI nya sendiri"

PEMENANG VS PENCUNDANG

Adakah anda seorang pemenang @ Pencundang? Jom imbas karekter-karekter ini...
Pemenang selalu menjadi sebahagian dari penyelesai masalah;
Pecundang selalu menjadi sebahagian dari masalah.
Pemenang selalu memiliki idea yang bernas;
Pecundang selalu memiliki alasan.
Pemenang selalu mengatakan, “Akan saya lakukan untuk Anda”;
Pecundang mengatakan, “Itu bukan tugas saya.”
Pemenang melihat jawaban atas setiap permasalahan;
Pecundang melihat masalah dalam setiap jawaban
Pemenang mengatakan, “Memang susah, tapi tetap ada kemungkinan”;
Pecundang mengatakan, “Memang ada kemungkinan, tapi itu terlalu sulit.”
Ketika seorang pemenang melakukan kesalahan, ia mengatakan, “Saya salah.”;
Ketika seorang pecundang melakukan kesalahan, ia mengatakan, “Bukan salah saya.”
Seorang pemenang membuat komitmen;
Seorang pecundang membuat janji
Pemenang mengatakan, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Pecundang mengatakan, “Sesuatu harus dilakukan.”
Pemenang selalu mencari hikmah dibalik seiap kejadian;
Pecundang selalu menyesali apa yang terjadi.
Pemenang memilih apa yang mereka katakan;
Pecundang mengatakan apa yang mereka pilih.
Pemenang berpegang teguh pada nilai dan berkompromi terhadap hal-hal kecil;
Pecundang berpegang teguh pada hal-hal kecil dan berkompromi terhadap nilai.
Pemenang menuruti falsafah: “Jangan lakukan pada orang lain hal-hal yang tidak kamu ingin mereka lakukan terhadap kamu”;
Pecundang mengikuti falsafah, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya padamu.”
Justeru, adakah anda seorang PEMENANG atau pecundang?
(dipetik daripada tulisan Marta Bayu)

SABAH COLLEGE HOCKEY TEAM: TRAINING SESSION!!


Haha.. dalam 2 minggu ni pasukan hoki lelaki maktab Sabah akan memulakan sesi latihan. Terpaksa kerja keras ni kali.. sebab, persaingan di peringkat Kebangsaan lebih mencabar. Sebagai wakil Sabah & Labuan ke peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya, kita sebagai pasukan yang bukan pilihan perlu membuat sedikit kejutan kepada mereka. Justeru, Pasukan Maktab Sabah perlu berada pada tahap terbaik. Fitness pun kena gila2 power.. Kerana salah satu kunci kejayaan sesbuah pasukan ialah tahap kecergasaan.. Kalu skill, memang kita jauh tinggal dengan pasukan2 dr semenanjung.. He3.. erm.. Oleh itu, berusaha la..Chaiyo2... SABAH BOLEH.. Pahang Tunggu Lah Kedatangan Kami.. Kih2... kih2..

Category:   Leave a Comment
Ladang Kelapa Sawit!!




2 Hari aku ndak sentuh laptop.. Penat membersihkan ladang kelapa sawit dekat kg (Bo4rt).. Ndak jua luas 6 ekar jak.. Laepun di Kampung tidak dapat on9.. Pagi p membersihkan ladang. Petangnya cari ikan,ketam dan udang.. Fuh.. almaklum lah, sebut jak pasal makanan laut, Bo4rt la raja.. He3.. Ni la antara Pokok kelapa Sawit yang sempat dibersihkan selama 2 hari.. banyak juga pokok yang berbuah macam dalam gambar. Barangkali dalam sebulan dua dapat la dituai hasilnya.. He3... Mujur pokok-pokoknya masih rendah tetapi buahnya banyak


.



YOU CAN WIN

WINNERS don't do different things,
They do things Differently


-by SHIV KHERA-

SAHABAT

Apabila BERUBAH dan bertukar keadaannya,
Jangan engkau tinggalkan dia,
kerana sekali ia MEMBENGKOK dan sekali ia MELURUS.

Renung-renungkan.....
Kerana ianya pasti terjadi kepada anda....

Maktab Sabah JUARA Kejohanan Hoki Sekolah2 Premier Zon Sabah & Labuan



21 July 2009_Desoturf, Likas Stadium.. Buat kali ke-2 berturut-turut.Maktab Sabah sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran Sang Juara Kejohanan Hoki sekolah premier 2009 Zon Sabah & Labuan.. Perlawanan penentuan antara All Saint dan Maktab Sabah akhirnya menyaksikan Maktab Sabah membenam cabaran SM All Saint dengan jaringan 2-0. Perlawanan tersebut agak seimbang di babak pertama dengan All Saint dan Maktab Sabah masing-masing berbalas serangan sehingga la tamat babak pertama yang berkesudahan dengan jaringan 0-0..Bersambung pada babak ke-2, Maktab Sabah membuka tirai jaringan hasil penyudah Larry Lian (Jaringan padang) dan kemudiannya Jacky Jaulis (Short-corner).. Di sebalik kejayaan tersebut, kredit juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan Maktab Sabah kerana berhempas pulas mempertahankan pintu gol Maktab Sabah agar tidak dibolosi lawan..kekentalan Benteng pertahanan Maktab Sabah ini sudah pasti kerana kepintaran jurumudi pertahanan Maktab Sabah yang diterajui oleh Badrul Kamal selaku Last Man.. Justeru, tahniah buat pasukan Maktab Sabah diatas kejayaan tersebut.. Selaku juara; Maktab Sabah akan membawa cabaaran Zon Sabah & Labuan ke kejohanan Hoki peringkat kebangsaan di Pahang pada awal ogos ini.. Oleh itu, Maktab Sabah perlu mempersiapkan pasukan sesempurna mungkin kerana Cabaran pada peringkat kebangsaan lebih Getir berbanding peringkat sebelumnya dengan berhadapan pasukan2 yang jauh lebih mantap... Harapan saya agar para pemain memberikan kerjasama yang padu kepada kami bagi mempersiapkan pasukan ke peringkat Kebangsaan.... Akhir sekali ALL THE BEST kepada pasukan HOKI MAKTAB SABAH 2009....(",)

Category:   Leave a Comment
Maktab Sabah Menang Besar 7-1

Tanggal 20hb July 2009, tirai Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah premier zon Sabah bermula dengan perlawanan pertama membabitkan SM La Salle bertemu SM All Saint pada sebelah pagi. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 1-4 (berpihak kepada SM All Saint).. Di sebelah petang adalah perlawanan yang membabitkan pasukan Maktab Sabah bertemu La Salle.. Perlawanan tersebut menyaksikan Maktab Sabah menang dengan jaringan 7-1... Kesemua jaringan gol di sempurnakan oleh 3 gol (Larry), 4 Gol (Fredee, Noh, Jacky dan Sharul Azwan)_


Senarai Barisan pemain Maktab Sabah:
Berdiri : Badrul, Faiz Aizat, Faezul, Jacky, Faiz Chen, Larry (Kapten), Sharul Azwan, Noh, Afif, Alvin, Shadat
Duduk : Zulfadli,Daniel,Fredee,Azwan,Iqbal,Adrian,Herman

Category:   Leave a Comment
Premier school 2009 - Sabah Zone

20hb July 2009 (Isnin)
La Salle VS All Saints
08:00 Pagi
Desoturf, Likas

Maktab Sabah VS La Salle
4:00 Petang

21hb July 2009 (selasa)
Maktab Sabah VS All Saints
08:00 Pagi





Liga Kak Ros musim 2009/10


Mulai 15hb Ogos 2009.. semua peminat English premier league (EPL) akan mula tertumpu ke TV. Rentetan sejarah musim lalu yang menobatkan Manchester United Tahun lalu masih lae terpaku di benak minda peminat-peminatnya.. Namun begitu, itu kisah lalu.. musim ini akan menjanjikan perlawanan yang sangat mendebarkan....

Situasi di Malaysia: Bagi pasukan dalam Liga Kak Ros.. Nah!!, sudah tiba masanya untuk registration he3... Bagi yang lupa sudah alamatnya (http://fantasy.premierleague.com/)... Daftar lah pasukan anda sebelum 15hb Ogos.. kamu masuk jak user name dan password yang lalu. Kira updated team.. pilih balik pasukan.. k... selamat berjuang. Bagi juara liga tahun lalu (Muhajir), jaga2 bro, Pro Goal FC akan cuba mencapai posisi yang baik pada perlawanan pertama ni..wakakaka....

Category:   Leave a Comment
Ayat-ayat Cinta


Cinta
seperti Matahari, ia tetap bercahaya.
Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi,
kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua Cahayanya.
....INSYALLAH...

Dia Merajuk La..(",)


Pagi ni aku bangun macam hari-hari biasa (Jam 10 pagi)..he3.. Semalam si Dia tutup HP awal. Aku Cuba SMS pagi ni..Tup Tap..rupanya merajuk di semalam.. He3.. Patut la semalam awal sangat di tutup HP.. Erm.. Kesnya, gara-gara aku terlupa say " Selamat Hari Ulang Tahun" yang ke-3.. Argh ni yang payah ni..sebab Bab-bab pujuk memujuk ni memang aku failed..he3..Bukan apa semalam aku scan2 soalan, pas siap aku baring2 la di Sofa.. tetiba.... ZZzzzzz... Aku terbangun balik dekat2 jam 12 lebih sudah. Aku send2 SMS (asyik pending). Kol plak ada cewek lain yang jawab..(" The number of your dail.......").. apa lae ditambah kepenatan td petang melatih bdk Hoki.. Terus lena di buai mimpi tidurnya.. Mo Cerita bab pujuk memujuk ni..memang aku agak lemah sedikit.. selalunya apa yang aku buat..aku biarkan dulu dia rilex.. tau lakan kalu emosi tengah kacau bilau. Ndak boleh diganggu.nanti lain plak jadinya..he3.. anyway.. sesiapa yang ada Tips yang lebih OK.. meh la kongsi ramai2.. he3 ... - Daa -

Maktab Sabah VS SMK Likas (Friendly Match)


Friendly match pertama (MS VS SMK) pada hari ini (08/07/2009) pada jam 4:00 petang. setelah menghabiskan baki minit perlawanan, akhirnya kemenangan berpihak kepada SMK dengan jaringan 2-1.. Walaubagaimanapun perlawanan kali ini adalah perintis kepada kejayaan akan datang. Insyallah... Kami mencuba satu formasi baru iaitu 5-3-2.. Erm..tetapi apa yang ingin saya Cerita kan disini ialah apabila satu kejutan dibuat oleh penyerang kami (merangkap last Man MS) - Badrul pada Minit pertama separuh masa kedua, beliau membuat kejutan dengan mengegarkan pintu jaring SMK untuk gol pembukaan.. Namun begitu, rentak kemenangan tidak dapat dijelmakan apabila penyerang SMK menjaringkan 2 gol untuk mencipta kemenagan.. Justeru apa yang ingin saya tekankan disini adalah: dalam sesebuah permainan yang melibatkan rakan sepasukan ialah kerjasama dan kesungguhan.. elemen-elemen ini penting bagi memacu kejayaan.. Oleh itu, buat pasukan Maktab Sabah Premier Cup 2009.. Teruskan Usaha anda dan jadikan perlawanan ini sebagai pengajaran bagi memperbaiki mutu permainan anda di Masa Hadapan..

Category:   1 Comment
Hari Baru Semester I sesi 2009/10


Hari ini adalah hari pertama UMS beroperasi semula bagi semester I sesi 2009/2010..he3 sejak sekian lama bercuti.. Namun begitu, aku hanya terperuk di rumah memikirkan strategi Hoki untuk bebudk hoki Maktab Sabah..He3.. Al maklum la sudah habis study..he3.. Rindu plak dekat UMS..haha2.. teinggat tym mula2 masuk UMS.punya main blur tym tu.ndak biasa dengan format Universiti.. terlari sana, terlari sini. kalu dulu pendaftaran kursus guna manual. so, bayangkan satu universiti bz ke sana ke mari untuk daftar kursus.. siap ada yang tergolek lae tym mendaftar.. kesian betul jugak.. he3.. Suasana di Kolej kediaman pun sesak. Macam ada pesta plak.semua bekeluaran.. wakakaka...Bus Stop penuh dengan student seawal jam 6/7 pagi.. Memang meriah la sesangat.. Skang guna on9.Terus senyap bus stop.. Buat pelajar UMS sesi 2009/10, Good Luck. "Enjoy Your Campus Life". Kerana Peluang hanya datang sekali.. Guna la sebaik mungkin.. Kaut la pengalaman sebarapa banyak yang boleh..he

Category:   Leave a Comment
Sabah College Hockey team 2002!!


Lama betul aku ndak post sesuatu dalam blog aku ni.. Skang ni aktiviti harian ku hanya melatih pemain-pemain hoki Maktab Sabah. Teingat dulu tym zaman-zaman sebaya mereka.. Tahun 2002.. fuh.. best owah.. Tahun terakhir kami bermain untuk Maktab sabah.. Kalu diimbas kembali, tidak jauh bezanya tahap permainan kami dengan team yang aku latih skang ni.. Cuma yang bezanya.. diorang akan bermain di peringkat yang lebih tinggi dan pialanya lebih berprestij (walhal kami hanya bermain untuk team sekolah dalam pertandingan MSSDKK).. Tetapi walaupun sekecik-kecik pertandingan, itu bukannya alasan untuk menidakkan kebangkitan team Maktab Sabah.. Sekiranya disorot tahap pencapaian Maktab Sabah dari tahun 1995-2002. Maktab Sabah hanya mula dikenali pada tahun 2002.. Tym 2 kira zaman gila-gila la gemilangnya Hoki Maktab Sabah.. Menjuarai pertandingan hoki bahagaian MSSDKK sudah cukup untuk menenggelamkan sukan-sukan lain yang lebih elit daripada Hoki di Maktab Sabah (contohnya Ragbi dan Bola Jaring).. Di sebalik kejayaan itu, terselit seribu kepayahan untuk mencapainya.. Dengan fasiliti sukan yang sangat daif, stick hoki pun men beli sendiri..apa lae Coach. Masing-masing jadi coach (means:Teda coach Kami tym 2)..huhu..akhirnya kejayaan Milik Kami Bersama.. "MAKTAB SABAH GEMILANG"

p/s: Team Maktab Sabah 2002 : Sunjeet singh, Hanizam, S'Rul, Rudolf, Awang Khairi, Fadhil, Fadzli, Shah, Billboyd, Lan, Syed Farid, Adam, fadhil Hamsa, Mazlan, Zayandi, Aimin, Pipo, Echil

Category:   Leave a Comment
"PeLaJaR Hari Ini PemimPin Hari EsoK"


Ni lah rakan-rakan seperjuangan dalam HT18 Pendidikan dengan ekonomi, SESI 2005/2006 Universiti Malaysia Sabah yang bakal bergraduate pada bulan 10 ni..he3.. Tempoh masa 4 tahun ketika bergelar pelajar, sangat pantas. Walhal, kali pertama menjejakkan kaki ke UMS. Dengar jak 4 tahun, terus mengeluh (wow!! lama nya). Tapi sehari lae sebelum final exam terakhir, mula lah terasa seperti tidak mo meninggalkan UMS plak... He3.. Itu lah lumrah kehidupan..huhu2.. Buat bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Hargailah dan manfaatkan lah masa anda di Universiti terutama mereka yang mengambil Ijazah Sarjana Muda. Kerana waktu itu adalah waktu yang sangat menyeronokkan berbanding tahap yang seterusnya (Ijazah, Master etc). Jadi buat rakan-rakan ku yang bakal bergelar guru suatu hari nanti. ALL THE BEST TO U ALL!! Buat la yang terbaik untuk profesion keguruan dan pahatkan jiwa mu dengan AURA untuk melihat anak bangsa kita akan mengubah Malaysia kearah Kecemerlangan. Pastikan:

"PELAJAR HARI INI ADALAH PEMIMPIN HARI ESOK"

Category:   Leave a Comment
34th Pesta Hoki USM-Penang International 2007


Hye.. tym aku imbas-imbas gambar aku dalam friendster.Tetiba terlihat gambar ni.. Huhu.. ini la pencapaian terbaik aku dalam sukan hoki sebagai pemain. Ndak dapat aku lupakan saat kemenangan kami daripada peringkat awal sehingga keseparuh akhir. Namun, apa yang boleh disimpulkan, kami kalah dengan bergaya. Maklumlah kekalahan yang kami cipta adalah kekalahan yang boleh disifatkan sebagai kekalahan bermaruah..huhu3.. mo tau dengan pasukan apa kami kalah?... lets cheak it out... sebelum tu kita singkap kembali bagaimana kami berhempas pulas menaiki tangga ke separuh akhir. Perlawanan dalam peringkat kumpulan kami berjaya menempah tiket ke pusingan kedua sebagai naib juara kumpulan.Hanya tewas dengan pasukan USM A. Kemudian menentang pasukan-pasukan handalan seperti USM B, teach team, MMU (team Macha2 kesemuanya - kuat eh team ni mujur menang penalti). Pastu kesuku akhir, menang dengan team UTM (gol kemenangan aku sumbang he3...). Jumpa la team gergasi di separuh akhir TEAM UPM. Huish.. tersangat la kuat ini TEAM. Apa tidak nya rata-rata pemain daripada pasukan ini dibarisi dengan pemain kebangsaan (ada dari senior dan junior team) contonhnya Jivan Mohan adik kepada Jiwa Mohan. Sepa ndak kenal, pemain hebat tu.. kena-kena lae dia baru balik dari Kejohanan hoki Sukan Sea Korat..wah2.. mujur hanya kalah 2-0. So, Johan sudah tentu UPM yang mengalahkan UPSI 4-0, ketiga milik bersama UMS dan USM A.. Begitulah perjalanan pasukan UMS di Kejohanan ini. Untuk pengetahuan anda (Hehehe) ini la kali pertama dan terakhir pasukan UMS mendapat pingat di kejohanan besar.. Tahniah buat Coach Dedi Saputra selaku jurulatih kami yang sangat cemerlang melatih pasukan kami... Chaiyo.Chaiyo... -THE END-

Category:   Leave a Comment
Bulan JuNe Tanpa sebarang Aktiviti!!

wargh.. lambat nya result exam
semester II sesi 2008/2009 ni
mo keluar. ndak sabar mo tau
result yang bakal saya perolehi..
yakin bangat dapat result yang
baik.. huhu3.. erm.. awal bulan ni aku
nggak punya aktiviti yang enak. he3..
nonton senetron aja kerja ku..
wah hingga hebat ngobrong
dalam bahasa indonesia.. he3..waduh ...

My New BlogSpot!!

Tanggal 7hb July 2009.
Kali pertama saya mempunyai blogspot.. wah bangga2..
akhirnya ada gak blogspot saya..hehe
Buat rakan-rakan yang ingin mengenali saya..
Jusz Leave your comment..ThankSsss..

Related Posts with Thumbnails