Maktab Sabah JUARA Kejohanan Hoki Sekolah2 Premier Zon Sabah & Labuan



21 July 2009_Desoturf, Likas Stadium.. Buat kali ke-2 berturut-turut.Maktab Sabah sekali lagi berjaya mempertahankan gelaran Sang Juara Kejohanan Hoki sekolah premier 2009 Zon Sabah & Labuan.. Perlawanan penentuan antara All Saint dan Maktab Sabah akhirnya menyaksikan Maktab Sabah membenam cabaran SM All Saint dengan jaringan 2-0. Perlawanan tersebut agak seimbang di babak pertama dengan All Saint dan Maktab Sabah masing-masing berbalas serangan sehingga la tamat babak pertama yang berkesudahan dengan jaringan 0-0..Bersambung pada babak ke-2, Maktab Sabah membuka tirai jaringan hasil penyudah Larry Lian (Jaringan padang) dan kemudiannya Jacky Jaulis (Short-corner).. Di sebalik kejayaan tersebut, kredit juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan Maktab Sabah kerana berhempas pulas mempertahankan pintu gol Maktab Sabah agar tidak dibolosi lawan..kekentalan Benteng pertahanan Maktab Sabah ini sudah pasti kerana kepintaran jurumudi pertahanan Maktab Sabah yang diterajui oleh Badrul Kamal selaku Last Man.. Justeru, tahniah buat pasukan Maktab Sabah diatas kejayaan tersebut.. Selaku juara; Maktab Sabah akan membawa cabaaran Zon Sabah & Labuan ke kejohanan Hoki peringkat kebangsaan di Pahang pada awal ogos ini.. Oleh itu, Maktab Sabah perlu mempersiapkan pasukan sesempurna mungkin kerana Cabaran pada peringkat kebangsaan lebih Getir berbanding peringkat sebelumnya dengan berhadapan pasukan2 yang jauh lebih mantap... Harapan saya agar para pemain memberikan kerjasama yang padu kepada kami bagi mempersiapkan pasukan ke peringkat Kebangsaan.... Akhir sekali ALL THE BEST kepada pasukan HOKI MAKTAB SABAH 2009....(",)

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Have a good tym..

Related Posts with Thumbnails